22 December 2013

Kasih Si Ibu

Alkisah di sebuah desa, ada seorang ibu yang sudah tua, hidup berdua dengan satu-satunya anak. Suaminya sudah lama meninggal kerana sakit. Si ibu sering kali merasa sedih memikirkan anak satu-satunya. Anaknya mempunyai tabiat yang sangat buruk iaitu suka mencuri, berjudi, melaga ayam dan banyak lagi.

Ibu itu sering menangis meratapi nasibnya yang malang, dia sering berdoa memohon kepada Tuhan: “Tuhan tolong sedarkan anakku yang kusayangi, supaya tidak berbuat dosa lagi. Aku sudah tua dan ingin menyaksikan dia bertaubat sebelum aku mati”.

Namun semakin lama si anak semakin liar dengan perbuatan jahatnya, sudah sangat sering dia keluar masuk penjara kerana kejahatan yang dilakukannya

Suatu hari dia kembali mencuri di rumah penduduk desa, namun malang dia tertangkap. Kemudian dia dibawa ke hadapan raja utk diadili dan dijatuhi hukuman pancung. Pengumuman itu diumumkan ke seluruh desa, hukuman akan dilakukan keesokan hari di depan rakyat desa dan tepat pada saat loceng berdentang menandakan pukul enam pagi.

Berita hukuman itu sampai ke telinga si ibu. Dia menangis meratapi anak yang dikasihinya dan berdoa berlutut kepada Tuhan “Tuhan ampuni anak hamba, biarlah hamba yang sudah tua ini yang menanggung dosanya”.

Dengan tertatih tatih si ibu menghadap raja dan memohon supaya anaknya dibebaskan. Tapi keputusan sudah muktamad, anakknya harus menjalani hukuman. Dengan hati yang hancur, ibu kembali ke rumah. Tidak henti–henti si ibu berdoa supaya anaknya diampuni, dan akhirnya dia tertidur kerana kelelahan.

Keesokan harinya, ditempat yang sudah ditentukan, rakyat berbondong–bondong menyaksikan hukuman tersebut. Tukang pancung diraja sudah siap dengan pancungnya dan si anak itu sudah pasrah dengan nasibnya.
Terbayang di matanya wajah ibunya yang sudah tua, dan tanpa terasa ia menangis menyesali perbuatannya. Detik-detik yang dinantikan akhirnya tiba.

Sampai waktu yang ditentukan tiba, loceng belum juga berdentang sudah lewat lima minit dan suasana mulai kecoh, akhirnya petugas yang bertugas membunyikan loceng. Petugas itu mengaku hairan kerana sudah sejak tadi dia menarik tali loceng tapi bunyi dentangnya tiada.

Disaat mereka semua sedang bingung, tiba–tiba dari tali loceng itu mengalir darah. Darah itu berasal dari atas tempat di mana loceng itu diikat. Dengan jantung berdebar–debar seluruh rakyat menantikan apa yang berlaku disaat beberapa orang naik ke atas menyelidiki sumber darah itu.

Tahukah anda apa yang terjadi?
Ternyata di dalam loceng ditemui tubuh si ibu tua dengan kepalanya hancur berlumuran darah dia memeluk bandul di dalam loceng yang menyebabkan loceng tidak berbunyi, dan sebagai gantinya, kepalanya yang terhantuk sehingga hancur di dinding loceng tersebut!

Seluruh orang yang menyaksikan kejadian itu tertunduk dan menitiskan air mata. Sementara si anak meraung–raung memeluk tubuh ibunya yang sudah diturunkan. Si Anak menyesali dirinya yang selalu menyusahkan ibunya.

Malam sebelumnya, si ibu dengan bersusah payah memanjat ke atas dan mengikat dirinya di loceng. Dia memeluk besi dalam loceng untuk menghindari hukuman pancung keatas anaknya. Demikianlah sangat jelas kasih seorang ibu untuk anaknya. Walaubagaimana jahat pun si anak, si ibu tetap mengasihi sepenuh hidupnya.

Marilah kita mengasihi orang tua kita masing – masing selagi kita masih mampu kerana mereka adalah sumber kasih Tuhan bagi kita di dunia ini.
Sesuatu untuk dijadikan renungan untuk kita agar kita selalu mencintai sesuatu yang berharga yang tidak boleh dinilai dengan apapun..

''Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan

Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan

Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan

Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati

Ambillah waktu untuk memberi, itu membuat hidup terasa bererti

Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan

Gunakan waktu sebaik mungkin, kerana waktu tidak akan boleh diputar kembali ''.

No comments: