24 January 2012

Think



Aku lahir ke atas dunia dengan izinMu

Lahirku saat rasul dan sahabat telah tiada
Zamanku adalah zaman pemerintahan Islam tidak lagi berkuasa
Aku muncul di tengah masyarakat Islam
Tetapi Islam tiada lagi dalam hati dan hidup mereka
Namun aku bersyukur kerana masih ada lagi yang mahu melihat Islam kembali bersinar
Juga mereka yang dibukakan hati untuk mendalami deen Allah
Cuba sedaya upaya mengajar mereka mengenaliMu
Akan tetapi aku takut aku lemah untuk membimbing mereka kerana aku juga tidak sempurna
Teguran diberi dan aku sedar tugas da`ie tidak memerlukan insan sempurna
Kerana manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan
Perjuanganku bukan kerana harta
Bukan juga ingin dikenali seantereo dunia
Cukuplah sekadar mendapat redhaMu
Bantulah hambamu ini
Sedarkanlah semula generasiku Ya Rabb
Aku yakin Islam pasti kembali dan aku tak akan berhenti


3 comments:

Mehmed - said...

kita harus yakin dan percaya islam akan bangkit.Bangkitnya dari sebelah timur.Terima kasih kerna selalu mengingat. Ahaks! Ahh! gelak trademark..Allahuakbar!

qalamunir said...

Maka bersiaplah untuk memperbaiki diri.
Tekun ikuti proses tarbiah sepanjang hayat memantapi fikrah.
Ajaklah orang lain kpd deen sambil terus mengukuh diri dgn amal Islami.
Baguskan penampilan diri bagai air yg tenang menjadi cerminan/ikutan kpd taulan.
Binalah Baitul Muslim secepat mungkin karena umur muda tidak lama.
Binalah pula Baitul Dakwah di atas Baitul Muslim yg kuat untuk kelangsungan dakwah kpd Allah dan Rasul.
Semoga tidak sia-sia umur yg Allah pinjamkan...Ameen

Lolly..pop! said...

Salam, ingatan untuk saya juga. thanks janggout and uncle qalamunir.