09 January 2012

Tentera Allah - Malaikat

Jundallah ialah malaikat perang yang selalu membantu Rasulullah di medan perang. Bahkan dipercayai mereka ini ada membantu saudara Islam kita yang berperang di Afghanistan, Iraq, Bosnia, dan Palestin. Tapi bukti sahih tiada cuma sekadar dari pengalaman tentera dan musuh ketika perang meletus.

Tapi di dalam sirah Nabi ada menceritakan tentang kisah ini. Dan kisah yang paling popular ialah semasa Perang Badar al-Kubra di mana perang ini dikatakan perang antara hidup dan mati Islam. Jika kalah, Islam akan terkubur dan tidak mampu bangkit menyebarkan syiarnya. Jika Islam menang, maka harapan Islam akan cerah untuk berkembang ke seluruh dunia.

Maka hari berperang tiba, dengan kekuatan tentera Muslimin seramai 313 orang (ada yang berkata seramai 312 orang) termasuk pertolongan dari kaum Ansar dan Muhajirin manakala pihak musuh tentera kafir Quraisy seramai 950 orang. Ikut logik mana mungkin menang dengan kekuatan sedikit rupa. Di sebabkan itu, Rasulullah sendiri risau dan dia sendiri munajat, zikir, dan berdoa setiap malam sebelum perang agar Allah menurunkan pertolongan kepada tentera beliau. Sehingga perang bermula dia masih berdoa, "Ya Allah, jika pasukan ini kalah, Engkau tidak akan disembah lagi di muka bumi selepas ini."

Turunlah dari langit lelaki yang berpakaian serba hijau yakni Malaikat Allah datang membantu. Di ketuai oleh Malaikat Jibril yang menunggang kudanya Haizum. Berperanglah mereka menentang kafir. Semasa perang, ada sebilangan sahabat Rasulullah yang nampak sendiri bagaimana tiba-tiba kepala kafir dipenggal, tangan dicantas, jatuh sendiri dan muka hancur seperti dipijak kuda tanpa mengetahui siapa yang membuatnya.

Islam menang dalam perang tersebut dan Islam kembali mengembangkan syairnya.

Ada juga disebut di mana Iblis bernama Azazil yang dahulunya beriman kepada Allah, mengetuai tentera malaikat untuk menghapuskan kaum Jan (makhluk yang menduduki bumi sebelum Adam)

"(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankanNya begimu : Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu Malaikat yang datang berturut-turut. Dan Allah tidak menjadikannya melainkan sebagai berita gembira dan agar hatimu menjadi tenteram kerananya." (Surah Al-Anfaal : 9)


Wallahua'lam

No comments: