10 January 2012

Tentera Allah - Burung

Kisah di mana Mekah dahulu hendak diserang oleh Abrahah dan tentera bergajahnya pada tahun 570 Masihi.

Abrahah al-Ashram, merupakan seorang gabenor di Yaman dan beragama Nasrani. Dia melihat ramai orang bertumpu di Mekah untuk beribadat di Kaabah dan di sebabkan itu dia rasa cemburu dan ingin menjadikan negeri pemerintahannya sebagai pusat beribadat. Tetapi pusat beribadat untuk agama Nasrani. Makna kata dia hendak mengkafirkan umat Islam di Mekah secara keseluruhannya.

Lalu dia pun membina sebuah gereja yang besar dan cantik di kenali sebagai al-Qulais untuk menarik perhatian orang ramai. Dia menghantar utusan ke Mekah untuk mengajak mereka semua beribadat di sana tetapi ditolak mentah-mentah oleh Arab Quraisy. Siap pada satu malam seorang suku Quraisy pergi masuk dalam gerejanya dan membuat kotor. Bengang si Abrahah dibuatnya. Maka cara mudah ialah dengan meruntuhkan Kaabah. Jadi lepas ni mereka akan datang la ke gerejanya. Boleh la slow-slow dia kristiankan diorang. Fikirnya.

Maka dia mengumpulkan bala tenteranya yang lengkap bersenjata dan menunggang gajah. Sampai di luar kota Mekah dia menghantar utusan untuk bagi pengumuman dulu, "Aku (Abrahah) mai nak hancurkan Kaabah, kalau hangpa tak kacau aku, aku takkan memerangi hangpa." Sekali utusan Abrahah cakap Kedah daaa.. hehe.. Lebih kurang begitulah apa yang dia cakap masa tu. Tapi datuk Nabi Muhammad saw iaitu Abdul Muthalib yang merupakan ketua suku kaum Quraisy datang ke hadapan dan memberitahu bahawa Kaabah adalah milik Allah yang mana Dia sendiri akan mempertahankan Kaabah dari pencerobohan mereka.

Penduduk kota pun mengosongkan kawasan dan menuju ke satu bukit untuk melihat apa akan berlaku seterusnya. Maka tentera Abrahah mulai bergerak untuk memasuki kota Mekah dengan semangat yakin kerja senang setel, sombong dan bongkak yang tidak terhingga. Masing-masing masuk dengan menaiki gajah yang besar-besar. Tiba-tiba langit berubah menjadi gelap. Ada sesuatu yang menutup cahaya matahari dan ianya tersangatlah banyak. Allah mengutuskan tentera-tenteranya iaitu burung yang dikenali sebagai Ababil (berbondong-bondong). Pasukan demi pasukan datang untuk menghancurkan tentera Abrahah. Burung-burung tersebut membawa batu kecil yang diambil dari neraka menggunakan paruhnya. Batu-batu ini dilepaskan dari udara tepat kepada tentera-tentera bergajah tersebut.

Akibat dari batu kecil tu bukan setakat luka parah, tetapi mereka semua hancur dan lumat selumat-lumatnya umpama daun kayu yang dimakan ulat. Tiada seorang pun yang terlepas termasuk Abrahah sendiri. Ada yang mengatakan Abrahah sempat melarikan diri pulang menuju Yaman tetapi dia mati kemudiannya.

"Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Kaabah) itu sia-sia? Dan Dia mengirimkan mereka burung yang berbondong-bondong, yang melempari mereka dengan batu berasal dari tanah yang terbakar, lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat)."
(Surah al-Fiil : 1-5)

Wallahua'lam

No comments: