02 January 2012

O Stille Hart

Jumpa kawan setiap hari, ketawa bersama. Setiap hari dapat bersama dengan orang tersayang, luang masa bersama mereka. Tapi hati tidak gembira pun. Kenapa?

Solat setiap hari. Berdoa meminta. Selalu dan bersungguh-sungguh pada Allah. Susah sangat hendak dimakbulkan. Padahal Allah pernah berfirman "Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku kabulkan."

Apa puncanya?

Sebab tidak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Tidak pernah menghargai apa yang kita dapat. Benda yang kita tidak ada yang selalu kita fikirkan.

Pernah dengar lagu nasyid Raihan?
"Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada sering dirisaukan,
Nikmat yang dikecap baru kan terasa, bila hilang apa yang diburu,
Timbul rasa jemu, bila sudah didalam genggaman."

Doa susah hendak dimakbulkan Allah?

Selalu sangat meminta kepadaNya, tapi kita tidak pernah meminta ampun kepadaNya. Sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Tak malu ke? Merayu, merintih supaya dimakbulkan. Itupun bila susah. Bila senang? Lupa terus kepada Dia. Tidak pernah bersyukur. Bila datang balik kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Mula merintih, menangis, merayu supaya Allah tolong kita. Macam tu kita hendak Allah makbulkan doa kita?

Dalam sehari, berapa banyak kali kita bersyukur kepada Allah? Bersyukur dapat makan sedap-sedap, ada tempat berteduh dan sebagainya? Ada? Masa senang ada bangun malam buat solat sunat, solat tahajud, solat taubat? Ada?

Sedekah dekat orang, tolong orang setiap hari, dan macam-macam. Tetap juga hati tidak tenang. Kenapa? Sebab dalam hati tiada sifat ikhlas. Mulut kata ikhlas, tapi hati tidak. Tolong orang sebab hendakkan balasan, pujian dan nama. Riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Hati nak tenang macam mana? Bangga bila dapat kejayaan, mula hendak menunjuk-nunjuk pada orang. Siapa yang bagi kejayaan tu? Allah.

Allah ciptakan kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Sebaik-baik kejadian. Sehingga semua makhluk sujud pada moyang kita Nabi Adam, kecuali Iblis disebabkan kebongkakkan dia. Nampak tak betapa Allah muliakan kejadian manusia? Tapi kita tidak memelihara diri sendiri. Lupa tanggungjawab kita sebagai hamba, lupa kepada yang menciptakan kita. Macam mana hati hendak tenang?

Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan kepada kita. Semua itu tidak akan kekal. Lembutkanlah hati kita. Tundukkanlah diri kita kepada Allah. Sekelip mata dia boleh tarik balik nikmat tu. Ikhlaskanlah hati dalam setiap perkara. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita.

Tenanglah wahai hati...

1 comment:

qalamunir said...

Ulasan seterusnya terdapat dalam Hadith Arbain mengenai seorang hamba yg pakaian, muka dan rambutnya penuh debu sambil tangannya menadah memohon daripada Allah,namun doanya x diperkenankan...

Konsep syukur pun perlu didalami. Bukan sekadar fahami maksud lafziah = terima kasih/thank you Allah atas pemberianNya. Makna SYUKUR yg tahapan tinggi adalah:-
a] mentaati/tunduk sepenuhnya kepada peraturan dan hukum Allah atas rasa kehambaan diri.
b] menjunjung panji-panji Islam di akhir zaman, dalam saat manusia melempar hukum Allah drp kehidupan dan menganggap agama itu mengacau kehidupan bebas [liberal].
c] mengambil deen Allah sbg the way of life @ life style yg hebat dan rasa izzah menjadi seorang Muslim dlm keadaan Islam sedang ghurbah [alien].

HATI = milikan Allah yg dipinjamkan sebentar utk manusia pakai. Proses penjagaannya mesti ikut manual prosedur Pencipta. Sucikanlah dan lestarikanlah dan tenangkanlah ia dengan tartil Quran setiap hari, w/pun sibuk. Tadabbur maknanya dan amalkannya dlm kehidupan bagi menghidupkan taqwa.

Soalan bonus:
1.APAKAH HARI INI KITA TELAH BACA QURAN? JIKA TIDAK,
2. APAKAH HARI INI KITA TELAH MENYENTUH QURAN? KALAU BELUM,
3. APAKAH HARI INI KITA TELAH MELIHAT QURAN? WADUH! JIKALAU MASIH BELUM JUGA,
4. APAKAH HARI INI KITA TELAH MENDENGAR@TERDENGAR ORANG BACA QURAN? bELUM JUGA?
5. APAKAH HARI INI KITA TELAH ... APA YA.. NAMPAKNYA SUDAH TIDAK ADA LAGI KUALITI SOALAN YG LEBIH RENDAH YG BOLEH DITANYA.

Di manakah status kita dlm kategori di atas?
Bandingkan berapa banyak masa kita mentadabbur Tv/Astro berbanding Quran. Mungkin perkara ini bisa dijadikan KRA dlm Azam Baru Hijrah@Masehi, asalkan buat.

Salam kasih mesra.