31 December 2011

Think



Untuk pembukaan tahun 2012 ini, sama-sama kita mencuci dosa.
Dengar dan hayati.


29 December 2011

Kisah Kejadian Malaikat

Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud" "Setelah Allah SWT selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata :" Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada saya?." Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. "Tidak.."

Kemudian JIbrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.


Setelah selesai Jibrail a.s solat, maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud,

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah saya dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling saya cintai, namanya 'Muhammad’. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa; sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaann-Ku dan ketinggian-Ku, sesungguhnya solat mereka itu saya lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintah-Ku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintah-Ku."

Kemudian Jibrail a.s berkata:"Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"


Lalu Allah berfirman yang bermaksud,


"Ya Jibrail, akan saya berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian JIbrail a.s meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa. Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah S.W.T maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah S.W.T lalu ia berkata dalam sujud:" Ya Tuhanku! Apakah sudah saya menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"


Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud,


"Wahai JIbrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun saya memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."


Hayatilah betapa besarnya kasih sayang yang Allah S.W.T berikan pada hamba-Nya yang sentiasa lalai dan leka. Betapa beruntungnya hamba-Nya yang diberikan hidayah untuk memahami dan menghayati betapa segala amalan kita yang berlandaskan kepatuhan kepada suruhan yang Esa telah dikurniakan berbagai-bagai nikmat dan balasan pahala yang besar.


Walaupun kita lalai semasa menghadapnya, kita berimaginasi terhadap yang lain, namun, betapa besar rahmat Allah S.W.T yang tetap membalas segala amalan kita dengan berjuta-juta nikmat yang tidak pernah kita bayangkan. Cuba bayangkan andai kita dapat melakukan solat 2 rakaat kerana patuh pada suruhan-Nya, di anugerahi syurga yang amat indah seperti syurga Ma'waa, bagaimana jika kita dapat melakukannya setiap hari seumur hidup kita.


Agaknya apa yang Allah S.W.T kurniakan kepada kita? Sedangkan solat malaikat Jibrail a.s yang nyata lebih khusyuk dan memakan masa beribu tahun lamanya hanya mendapat pujian dari Allah S.W.T? Sungguh butalah hati hamba-Nya yang tidak mampu melihat betapa besarnya dan agung-Nya kasih sayang Allah S.W.T kepada kita umat Rasullullah S.A.W. Betapa besarnya nikmat dan rahmat Allah S.W.T kerana membenarkan kita hidup dan dipilih sebagai umat Rasulullah yang dimuliakan.


Marilah kita panjatkan sepenuhnya kesyukuran kepada Allah yang Maha Pemurah kerana membenarkan dan memilih kita untuk disinari nur dan hidayah 'Iman dan Taqwa' yang tidak semua umat Rasullullah S.A.W bertuah memilikinya. Bersamalah kita menghayati hidup yang penuh dengan ranjau duka demi mendamba kasih Illahi.


Sumber : e-mail dari sahabat

28 December 2011

Nazar & Kifarah

Apa itu nazar?

Dari segi bahasa bermaksud berjanji melakukan perkara samada baik atau buruk.
Dari segi syara' bermaksud berjanji dengan Allah untuk perkara yang baik sahaja.

Syarat orang yang bernazar:
1. Islam
2. Berakal (nazar kanak-kanak atau orang gila tidak sah)
3. Sukarela (jika dipaksa tidak sah nazarnya)

Perkara yang dinazarkan itu adalah perkara ibadat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah. Tidak boleh bernazar kepada perkara yang harus seperti makan atau minum, bernazar kepada yang memang sedia wajib kena buat seperti solat 5 waktu dan puasa di bulan ramadhan, dan bernazar untuk membuat dosa atau maksiat seperti minum arak dan sebagainya.

"Kalau aku dapat kerja gaji RM3000, aku berhenti minum arak."
"Kalau aku dapat wakil takraw sekolah, aku akan solat zohor nanti."
"Kalau aku menang pertandingan tu, aku nak makan malam sedap-sedap."

Semua di atas nazarnya tidak sah kerana perkara yang dinazarkan adalah yang memang haram, yang memang wajib, dan memang harus buat.

Kalau macam ni baru betul:

"Kalau result final aku dapat 4 flat, aku nak puasa sunat 10 hari kerana Allah."

Jenis-jenis nazar

1. Nazar Lajaj (bantahan)
Membuat nazar kerana didorong oleh perasaan marah ketika pertengkaran. Tengah dok bergaduh ni, "Jika aku pakai seluar hang lagi bawak pi kerja, aku puasa sebulan."

2. Nazar Mujazah (pembalasan)
Bernazar membuat sesuatu amal jika tujuan atau hajatnya tercapai. "Jika penyakitku sembuh, aku akan sedekah seekor kambing kepada fakir miskin."

3. Nazar Mutlak (semata-mata)
Bernazar membuat sesuatu amal dengan tidak ada sebarang sebab. "Aku nak berpuasa pada hari Khamis kerana Allah." Maka wajib dia tunaikan apa yang dikatakan tetapi walaubagaimanapun dia boleh menangguhkan puasa itu sehingga dia rasa dia bersedia untuk membuatnya.

Ada juga pendapat yang mengatakan nazar ada yang bertempoh dan tidak bertempoh.
Bertempoh : "Kalau bisnes maju, aku nak bawa mak aku pergi umrah pada tahun ini."
Tidak bertempoh : "Kalau bisnes maju, aku nak bawa mak aku pergi umrah nanti."

Jadi yang bertempoh kena tunaikan nazarnya tahun ini, dan jika dah masuk tahun hadapan maka dia kena kifarah. Untuk yang tidak bertempoh bila-bila dia rasa mampu baru dia bawa mak dia pergi umrah.

Kifarah nazar (denda)

Jika tidak dapat ditunaikan nazar, maka hendaklah ditebus nazar itu seperti mana menebus sumpah.

"Kifarah bagi nazar sama dengan kifarah bagi sumpah." (Hadis Riwayat Muslim)

1. Memberi makan kepada 10 orang miskin.
2. Memberi pakaian kepada 10 orang miskin.
3. Memerdekakan seorang hamba.

Jika tidak dapat juga tunaikan denda tersebut, maka hendaklah dia berpuasa 3 hari.

"Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya (kifarah) ialah memberi makan sepuluh orang miskin daripada jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian kepada mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jadalah dan peliharalah sumpah kamu. Demikanlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum agamaNya) supaya kamu bersyukur." (Surah Al-Maidah : 89)

Jika seseorang itu bernazar pada perkara yang tidak sah nazarnya, maka dia tidak wajib membayar kifarah dengan sebab dia menyalahi dengan apa yang dinazarkan, sekalipun pada perkara yang harus.

Jadi apabila hendak bernazar berhati-hatilah. Jangan dibuat main kerana itu janji kita dengan Allah.

Wallahua'lam

Rujukan : Kitab fiqh, Mustofa al-Bugho, Ali asy-Syarbaji

27 December 2011

Kemusykilan Imam & Makmum Dalam Solat

Terdapat beberapa persoalan saya dapat dari kenalan berhubung isu ini. Kalau imam salah baca atau terlupa ayat surah macam mana hendak tegur? Kalau imam terlebih rakaat pula kita yang makmum ni kena ikut juga ke? Memang confirm imam terlebih rakaat, nak tegur camna ek?

Imam terlupa atau tersalah baca ayat surah

Dibolehkan menegur bacaan imam tersebut. Tidak terbatal solat makmum yang menegur. Siapa yang boleh tegur? Paling afdal ialah makmum di saf pertama, yang dibelakang imam atau kiri kanan imam tersebut. Sebab itu yang menjadi makmum ni kalau boleh yang menghafal surah. Tetapi jika mereka tidak tahu, maka dibolehkan makmum dari saf lain menegur dan dapat didengari oleh imam. Tapi jangan la imam baru salah je terus tegur. Berikan dia sedikit masa untuk mengingati kembali ayat yang dia lupa. Jika tidak berjaya baru makmum menegur.

Kalau makmum semua tak boleh nak tolong imam tu macam mana pula?
Perlulah imam tersebut menukar surah lain yang dia lancar atau berhenti dan terus rukuk.

Imam terlebih rakaat dan cara menegur

Untuk situasi ini cara menegur imam bagi lelaki dan wanita adalah berbeza.
Lelaki : Menegur imam dengan bertasbih (Subhanallah)
Wanita : Menegur imam dengan cara menepuk tangan kanan ke atas belakang tangan kiri. (selalunya para isteri yang diimami suami mereka)

Imam tu bangun juga untuk rakaat yang terlebih tu. Adoi, apa aku nak buat ni? Tak cukup kuat ke aku ucap Subhanallah atau menepuk tangan tadi? Ada dua pendapat berhubung perkara ini.
1. Jika betul dan yakin imam tu terlebih rakaat maka makmum boleh niat tidak mengikut imam dan meneruskan solatnya sendirian, tahiyat akhir dan memberi salam tanpa menunggu imam. Boleh juga kalau tidak berniat dan tahiyat akhir serta membaca tahiyat dan tunggu sehingga imam memberi salam dan kita pun beri salam juga.
2. Jika makmum pun was-was samada imam buat rakaat terlebih atau tidak, maka boleh diteruskan solatnya mengikut imam tersebut. Tidak batal.

Serba sedikit penerangan dari saya dan diharap yang lain mendapat ilmu dari penerangan tersebut. Sebarkan ilmu kepada yang tidak tahu.

Wallahua'lam

24 December 2011

Perempuan & Minyak Wangi

"Amboi.. Wanginya dia.", usik si lelaki apabila seorang wanita cantik melintasinya. Hati si wanita bukan main bunga-bunga lagi. Semua bunga la ada dalam hati dia masa tu. "Burberry. Kau ada?", balas si wanita sambil berlalu.

Wahai para
wanita sekalian, tahukah anda wangian yang anda pakai semasa anda keluar berjalan akan menimbulkan fitnah jika terbau oleh lelaki yang lain? Benda ini sesuatu yang telah umum berlaku pada zaman sekarang tetapi dipandang ringan.

"Barangsiapa di antara wanita yang memakai wangian, kemudian berjalan keluar di tengah kaum lelaki dan mereka mencium baunya, maka ia adalah sama dengan zina." (Hadis Riwayat Ahmad)

Memang Allah suka kepada kecantikan dan wangian. Tetapi untuk diperagakan kepada siapa? Mahram atau yang bukan mahram? Sebahagian
wanita tidak peduli dan mengambil mudah masalah ini walaupun hadis di atas adalah peringatan keras dari Nabi saw sendiri. Dengan memakai wangian itu boleh menaikkan rasa syahwat lelaki.

Bukan hanya itu sahaja, malah syariat Islam menyuruh wanita yang memakai wangian ini supaya mandi seperti mandi junub apabila hendak keluar rumah walaupun ke masjid.

"Barangsiapa di antara perempuan yang memakai wangian, kemudian keluar menuju masjid supaya dicium baunya, tidak akan diterima solatnya hingga dia mandi seperti mandi junub(besar)." (Hadis Riwayat Ahmad)

Syariat Islam menetapkan perfume wanita adalah yang berwarna dan tidak berbau kuat.

Tapi kalau dok kat rumah boleh je nak pakai perfume bagai. Janji jangan ada yang bukan mahram di dalam rumah tu. Bagi yang sudah berkahwin, digalakkan si isteri berhias dan memakai wangian untuk si suami.

Dibolehkan wanita memakai deodoran (betul ke eja ni?) ketika keluar atas sebab untuk menghilangkan bau badan. Kalau tak pakai, masa kat tempat kerja nanti bau hangit satu ofis susah pulak ye dak? Tetapi ada pendapat yang mengatakan memakai sekadar untuk menghilangkan bau badan sahaja dan ada pendapat lain mengatakan bila selesai memakai tunggu sehingga bau tersebut hilang baru keluar dari rumah.

Kita memohon kepada Allah semoga Dia tidak mengutuk kita, dan semoga kita tidak dibebani dosa disebabkan kelakuan mereka-mereka yang jahil. Semoga Allah membimbing kita semua menuju jalan-Nya yang lurus.

Wallahua'lam

22 December 2011

Adab Memberi & Menjawab Salam

Assalamualaikum sahabat semua. Berjumpa lagi kita pada kali ini dengan tajuk yang lebih ringan berbanding sebelum ini. ehe..

Dalam hidup kita seharian, adakah kita memberi salam kepada kawan-kawan kita? Ataupun tak pernah? Atau sekadar "Wei bro, lama tak nampak. Apa khabar?". Tahukah kita dengan memberi salam kita mendapat ganjaran sekalipun orang yang diberi salam tu tak menjawab walhal menjawab salam itu benda yang wajib?

"Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa." (Surah An-Nisa : 86)


Balas dengan lebih baik? Macam mana tu? Mari kita sama-sama lihat balik adab-adab memberi dan menjawab salam.

Lafaz memberi salam:
Assalamualaikum (salam sejahtera ke atas kamu)

Lafaz menjawab salam:
Wa`alaikumussalam (salam sejahtera ke atasmu juga)

Lafaz salam dan ganjarannya :

- Assalamualaikum [10 pahala]. Selalu kita dengar.
- Assalamualaikum warahmatullah [20 pahala]. Jarang nak dengar.
- Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh [30 pahala]. Lagi la jarang nak dengar.
-
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh [40 pahala]. Tobat ah susah nak dengar orang bagi salam macam ni. Entah-entah ada di kalangan anda yang tak pernah tahu pun adanya salam panjang ini.

Menjawab salam :

Cara terbaik menjawab salam ialah dengan melebihkan salam daripada orang yang memberi salam. Kalau nak jawab pendek pun tidak apa.

Contohnya, kalau orang beri salam 'Assalamualaikum'. Kita jawab panjang sikit dari apa yang dia beri, nak lagi panjang lagi bagus. Doa kat dia lebih sikit. 'Wa`alaikumussalam warahmatullah'. Paling panjang menjawab salam ialah Wa`alaikumussalam warahmatullahi wabarakatu wamaghfiratuh waridhwaanuh.

Ada juga beberapa lafaz salam yang sah dan tidak sah. Mari kita lebihkan ilmu kita.

Memberi salam:

Assalamualaika - dibolehkan
Salamun alaik - dibolehkan
Salam alaikum - dibolehkan

Menjawab salam:

Wa`alaikassalam - dibolehkan
`Alaikumussalam - dibolehkan
`Alaikum - tidak sah
Wa`alaikum - ada bercanggah pendapat. sesetengah ulama kata boleh manakala ulama yang lain kata tidak sah
Assalamualaikum - (menjawab sama dengan orang yang beri salam) - dibolehkan

Macam mana pula dengan orang kafir yang beri salam kat kita?

Siapa pernah kena situasi macam ni? Angkat tangan. Apa yang anda buat?
Menjawab salam? Atau buat bodoh je atau memalingkan muka ke tempat lain?

Satu benda yang anda patut tahu iaitu jangan sesekali memberi salam kepada orang kafir. Haram hukumnya. Larangan memberi salam ini berlaku terhadap Yahudi, Nasrani, dan juga penyembah berhala. Kerana salam merupakan penghormatan kaum muslimin, penghormatan di dunia dan akhirat.

"salam penghormatan kepada mereka (orang-orang mukmin itu) pada hari mereka menemui-Nya ialah 'salam'." (Surah Al-Ahzab : 44)

Jadi apabila ada orang kafir yang memberi salam kepada kita maka kita (muslim) wajib menjawabnya. Bagaimana caranya? Mari kita tambah-tambahkan lagi ilmu kita.

Jika orang kafir itu beri salam tidak jelas atau dengan salam yang sengaja diubahnya seperti 'Assamalaikum' maka kita menjawabnya dengan 'Wa`alaikum' (dan atas kalian).

Jika salamnya jelas 'Assalamualaikum', maka kita jawab salam mereka 'Wa`alaikumussalam'.
Aik? Kenapa boleh jawab salam mereka dengan sempurna pulak? Kita ambil balik dalil ini.

"Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa." (Surah An-Nisa :86)

Ayat di atas tidak di sebutkan : Apabila orang-orang muslim memberi penghormatan kepada kamu. Tetapi dengan ayat yang umum. Jadi sesiapa sahaja pun yang beri salam maka kita kena jawab.

Kalau lepas ni diberi salam oleh orang kafir maka anda dah tahu cara untuk jawab salam mereka. Jangan diam je atau memalingkan muka. Kecil hati mereka nanti.

Jadi, masa jumpa dengan kawan-kawan atau dengan sesiapa sahaja kenalan kita, berilah salam kepada mereka. Benda yang mudah dibuat dan senang dapat pahala. Insyaallah :)

Wallahua'lam

Rujukan : fatwa nuur 'ala al-darb, fatwa syeikh ibnu bazz

20 December 2011

Baitulmal Sekarang & Korupsi

Tahukah anda apa itu Baitulmal? Apa fungsinya? Dari mana datang duit dan ke mana perginya?

Di sini saya huraikan setakat mana ilmu yang saya tahu dan sama-sama kita berfikir.

Baitulmal
- merupakan sebuah institusi kewangan yang berfungsi untuk mengurus harta-harta umum atau menjadi tempat menyimpan barang-barang berharga seperti emas, perak, batu permata dan seumpamanya.
- telah bermula pada zaman Rasulullah saw dan berterusan ke zaman Khulafa al-Rasyidin dan selepasnya, dan diperkemaskan sistemnya sepanjang zaman Khulafa al-Rasyidin.

Fungsi
Tujuan penubuhan Baitulmal ialah untuk meningkatkan perkembangan ekonomi negara, menyediakan keperluan asas negara dan membasmi kemiskinan. Pembahagian harta Baitulmal ditentukan mengikut keperluan secara adil dan saksama mengikut syariah.

Sumber Baitulmal
Ada 3 sumber utama iaitu

- harta masyarakat : sumber yang diperoleh daripada golongan kaya dan diagihkan kepada golongan yang berhak menerimanya
- harta negara : sumber yang diperoleh daripada harta rampasan perang, cukai kharaj, jizyah dan harta tanpa waris.
- harta umum : terdiri daripada hasil perniagaan, pertanian dan sebagainya.

Sumber baitulmal dengan lebih detail.

Zakat.
Sebahagian harta yang dikeluarkan untuk diagihkan kepada mereka yang berhak menerimanya. Terdapat beberapa jenis zakat iaitu zakat fitrah, zakat harta, zakat ternakan dan pertanian, zakat emas dan perak.

Kharaj
Kharaj ialah cukai tanah yang perlu dibayar oleh semua pemilik di wilayah taklukan kerajaan Islam dengan kadar 10%.

Jizyah
Jizyah merupakan cukai perlindungan yang dikenakan ke atas orang bukan Islam yang berada di bawah naungan negara Islam. Dikenakan dengan beberapa syarat iaitu lelaki yang merdeka, baligh, masih hidup dan berupaya.

Ghanimah dan Al-fay
Ghanimah ialah harta rampasan perang dan Al-fay ialah harta rampasan tanpa perang iaitu harta peninggalah orang mati yang tidak ada pewaris dan harta karun.

Usyur
Usyur ialah cukai perniagaan yang dikenakan kepada peniaga Islam dan bukan Islam.

Jika zakat dipungut dan diagihkan dengan mengikut syariah, logiknya masalah kemiskinan telah pun terhapus. "Mustahil la. Mana cukup bro. Kena ikut asnaf lagi. Pembangunan macam mana pulak?"
Apa? Mustahil? Hasil pungutan zakat yang ratusan juta pun tak cukup untuk negeri masing-masing? Tak cukup untuk pembangunan lagi? Tak boleh cover semua? Baiklah, kita tolak sumber zakat dan kita ambil sumber usyur (cukai perniagaan) dan sumber yang tidak mematuhi syariah.

Di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, penjualan arak, perjudian, penipuan, rompakan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah berikut:

Diserah kepada Baitulmal untuk maslahat umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelanggaraan jambatan, tandas awam dan sebagainya; diserah kepada golongan fakir miskin; atau jika harta tersebut merupakan harta rompak, rasuah, curi dan sebagainya, maka harta tersebut perlu diserahkan kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, perlu diberi kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris, maka harta itu hendaklah diserahkan kepada Baitulmal. (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-87)

Total sumber mengikut syariah dan sumber tidak mengikut syariah masih tidak cukup? Impossible. oopss.. ter'speaking' pula.

Mungkin ada yang tengah dok fikir sekarang, bagaimana harta yang haram dan tidak baik ini boleh disedekahkan kepada golongan fakir dan miskin atau perkara-perkara kebajikan sedangkan kita sendiri tidak tergamak untuk menggunakannya? Al-Qardawi menjelaskan bahawa harta tersebut memang haram dan tidak baik dalam konteks orang yang mendapatkannya secara tidak halal untuk penggunaan diri sendiri. Tapi dalam konteks fakir miskin dan juga perkara-perkara kebajikan ia adalah baik dan harus untuk digunakan.


Persoalannya, jika pada hari ini sumber-sumber haram ini tidak diserahkan kepada Baitulmal ke mana ia pergi? Dan adakah kerajaan sendiri yang terlibat menjana wang atau pendapatan haram untuk rakyatnya?

Malaysia sebagai sebuah negara Islam, jangan sesekali pemerintah terlibat dalam menghalalkan penjanaan wang haram.

Dalam hal judi, tidak salah untuk Baitulmal menerima wang hasil daripada perjudian tetapi yang bukan ditaja oleh pemerintah sendiri. Begitu juga faedah bank, wang rompakan dan lain-lain. Tetapi yang salahnya bila kerajaan sendiri yang bersekongkol memberi lesen judi, menghalalkan perbankan riba konvensional lalu memakan hasilnya melalui cukai yang dipungut.

Alhamdulillah kalau pemerintah tidak mengeluarkan lesen-lesen tersebut. Tapi apa cerita pula ada beberapa orang Melayu-Islam yang terlibat sebagai Ahli Lembaga Pengarah di dalam syarikat perjudian tersebut. Malah ada juga di dalam syarikat pengilangan arak. Ini perkara yang menyedihkan.

Untuk itu sama-sama kita fikir adakah fungsi Baitulmal sekarang berfungsi dengan betul dan cara penyalurannya atau pengagihannya tepat? Adakah kerajaan kita terlibat dalam menjana wang haram seperti meluluskan lesen judi, membuka kilang-kilang arak, menghalalkan riba dan pelbagai lagi bentuk perdagangan atau perniagaan yang tidak mengikut syara'?

Wallahua'lam

p/s :
Jika ada sebarang info yang salah atau kekurangan ilmu saya sendiri harap diberi tunjuk ajar.

Rujukan fiqh & internet

16 December 2011

Boleh Ke Percaya Pada Mimpi?

Sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu menafsirkan kebenarannya. Mimpi diakui ada dalam syariat Islam. Sedangkan ilmu untuk menafsir atau mentakwilkannya diiktiraf oleh ramai ulama. Ramai ulama yang ingin mendalami tafsir mimpi ini tetapi tidak ramai yang mengetahuinya.

Apa itu mimpi?
Mimpi adalah gambaran yang dicipta Allah dan dilihat manusia di dalam tidur mereka.

Apakah jenis mimpi?

Mimpi mempunyai 3 jenis:
1. Gambaran yang diciptakan Allah sebagai alamat kepada perkara lain sama ada yang akan datang ataupun yang sudah berlalu.
2. Gambaran terhadap yang berlaku ke atas si empunya diri sebelumnya sehingga terbawa-bawa di dalam tidur.
3. Gambaran yang dimasukkan syaitan ke dalam tidurnya bertujuan menakut-nakutkan atau menyedihkannya.

Apakah beza mimpi yang benar dan mimpi biasa?
Mimpi yang benar berasal dari Allah manakala mimpi biasa terutamanya mimpi buruk
datang dari syaitan.

Siapakah yang mimpinya paling benar?
1. Para nabi: Semua mimpi mereka benar-benar belaka.
2. Orang soleh: Selalunya benar.
3. Selain mereka: Kadang-kadang benar dan kadang-kadang sebaliknya.

Apakah hukum bertanya berkenaan mimpi?
Hukumnya adalah sunat. Sekiranya bertanya dapat pahala. Kalau tak tanya pun tak dapat
dosa. Jadi apa lagi, bertanyalah anda jika tidak tahu! Ini kerana mengikut perbuatan
nabi SAW!

Apakah hukum orang yang menipu apa yang dimimpinya?
Haram dan berdosa.

Bagaimana jika seseorang bermimpi jumpa Nabi saw?
Sesiapa yang bermimpi berjumpa nabi Muhammad saw sebenarnya mereka memang berjumpa nabi! Ini kerana syaitan tidak boleh menyerupai nabi saw. Mimpi berjumpa nabi saw dalam keadaan jelas dan sempurna sifat bermaksud anda adalah calon penghuni syurga!!!
Namun, jika gambaran nabi saw tidak jelas bermaksud anda masih banyak dosa sehingga
tidak ‘dibenarkan’ melihat kecantikannya yang sejati. Ini adalah peringatan supaya anda
terus bertaubat dan beramal soleh. Apapun, anda masih dikira bertuah dan calon orang
yang soleh!

Dalil?
Hadis riwayat Bukhari: Sabda nabi saw: “Sesiapa yang melihatku dalam keadaan tidur maka
sebenarnya dia memang melihatku. Ini kerana syaitan tidak boleh menyerupaiku.

Sejauh mana kita boleh percaya pada mimpi
Al-Quran menerangkan bahawa sebahagian mimpi itu memang ada yang bermakna dan kebanyakan memili isi tersirat. Tapi tak semua mimpi macam tu. Mimpi yang memiliki makna hanya boleh dibaca atau ditafsirkan oleh mereka yang ada ilmu tersebut.

Diantara mereka yang memang pasti ada ilmu tersebut ialah Nabi Yusuf as. Tercatat dalam Al-Quran yang mana Nabi Yusuf pernah mentafsirkan mimpi. Ingat tak cerita sang raja pada zaman Nabi Yusuf dahulu? Dalam surah Yusuf ada menceritakannya.

" Dan (pada suatu hari) raja Mesir berkata: Sesungguhnya aku mimpi melihat tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan aku melihat tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Wahai ketua-ketua kaum yang hadir, terangkanlah kepadaku tentang mimpiku ini, kalau kamu orang yang pandai menafsirkan mimpi. Mereka menjawab: Yang demikian itu adalah mimpi yang bercampur aduk, dan kami bukanlah orang-orang yang mengetahui mimpi itu. Dan (pada saat itu) berkatalah orang yang terselamat diantara mereka yang berdua itu, dan yang baru mengingati (akan pesanan Yusuf) sesudah berlalu satu masa yang lanjut: Aku akan memberi tahu tafsirannya. Oleh itu hantarkanlah daku pergi (kepada orang yang mengetahui tafsirannya) (setelah dia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah dia) : Yusuf, wahai orang yang benar, tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat) tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai yang kering. Tafsirkanlah supaya aku kembali kepada orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat tafsirannya. Yusuf menjawab : Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah pada tangkainya kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan untuk dijadikan benih.Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh hujan rahmat, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya). Surah Yusuf ayat 43-49

Mimpi boleh terjadi kerana suatu perkara kita obses. Ianya begitu kuat dalam memori kita sehingga muncul dalam mimpi. Misalnya seorang pemuda yang obses menikahi seorang gadis, kemungkinan besar dia akan bermimpi menikah atau bertemu dengannya. Ini adalah mimpi yang bersifat fitrah. Bermimpi yang baik. Mimpi ini datangnya dari Allah, kita wajib mensyukurinya dan boleh menceritakannya pada orang lain.
Mimpi buruk atau menakutkan. Mimpi ini datangnya dari syaitan. Seeloknya jangan cerita pada orang lain kecuali kalau ingin tahu makna mimpi tersebut. Sebab kalau kita ceritakannya, syaitan akan berasa senang kalau gangguannya itu menjadi bahan cerita manusia

Berhati-hati jika bermimpi bertemu dengan orang yang sudah meninggal, misalnya bertemu dengan ayah atau ibu kita yang sudah tiada, sebab khuatir syaitan menyerupainya. Jadi kalau kita bermimpi jumpa dengan orang yang sudah meninggal, sebaiknya segera berlindung kepada Allah.

Mimpi mungkin menjadi isyarat yang dijadikan oleh Allah kepada hambanya berupa berita baik atau buruk dan mimpi ada yang memiliki makna dan ada pula yang berupa mimpi kosong sekadar permainan syaitan kepada manusia. Mentafsirkan mimpi itu dibenarkan dalam ajaran Islam, namun sesorang itu mestilah menepati kriteria seorang penafsir mimpi.

14 December 2011

Untuk Apa Ilmu Yang Kita Ada?

Ilmu Allah itu sangat luas dan tidak terbatas. Jika habis semua pokok di dunia ini dijadikan pen sekalipun, dan kesemua air laut itu dijadikan dakwat untuk pen tersebut, masih belum cukup untuk menulis kesemua ilmu-ilmu Allah.

Apa tujuan kita mempelajari ilmu Allah? Menyebarkannya? Riak supaya orang tahu kita banyak ilmu daripada mereka? Atau apa? Gunakanlah ilmu yang kita ada sebaik mungkin. Kerana jika kita menyalahgunakannya, confirm ke neraka. Tak percaya? Mari kita lihat hadis sahih berikut.

"Sesiapa yang menuntut ilmu tetapi dengan tujuan bermegah-megah menandingi alim ulama dengan ilmunya itu, atau dengan tujuan bertengkar dan bertegang urat dengan orang-orang yang jahil dengan ilmunya itu, ataupun dengan tujuan menarik perhatian orang ramai memujinya, nescaya Allah akan memasukkannya kedalam neraka." (HR Tirmidzi dan Ibn Majah)

Di sini saya huraikan serba sedikit 3 golongan tersebut supaya anda faham.

1. Niat tuntut ilmu untuk bermegah, nak berlawan dengan alim ulama. Ulama yang benar-benar jujur dan ikhlas tak bolehlah kita lawan kerana mereka benar-benar ikhlas dengan ilmu mereka. Kalau mereka ceramah tentang kehidupan Nabi saw yang serba zuhud, terlebih dahulu mereka memiliki sifat tersebut. Inilah ulama yang ikhlas dengan ilmu mereka. Tapi kalau ulama yang dalam debat olok-olok tu yang tu takpa. Boleh nak lawan. Boleh ajak berdebat lagi anytime. Sebab mereka ni jenis pakai Quran tapi main-main pula dalam debat olok-olok.

Ulama yang baik dilarang sama sekali kita tandingi. Setakat nak perbetulkan yang dia silap tu takpa. Kerana memang tiada siapa pun yang maksum kecuali Nabi saw. Semua manusia memang tidak terlepas dari membuat kesilapan. Kadang-kadang slip of tongue tersilap sebut walaupun dia ulama besar, maka kita boleh tegur dia.

Jadi, siapa yang menuntut ilmu untuk berlawan dengan para ulama, maka Allah hantar dia ke neraka. Sebab itu ilmu yang kita pelajari hendaklah digunakan sebaik mungkin. Supaya dapat membawa masyarakat balik kepada Allah swt.

2. Siapa yang belajar ilmu dengan tujuan nak berdebat atau bertegang leher dengan orang yang jelas jahil. Contohnya, bila kita jumpa dengan orang yang memang jelas kejahilan mereka tentang Islam, lalu kita pun guna ilmu yang ada untuk bertegang urat nak tunjuk yang kitalah terer. Memang menjadi satu kewajipan untuk kita perbetulkan dan bawa dia keluar dari kejahilan mereka itu. Tetapi jangan ada dalam hati kita perasaan bongkak, ujub, sombong yang kita nak bertegang urat supaya boleh perlekehkan orang jahil. Jangan sesekali ada perasaan itu. Sebab kata Nabi saw bahawa Allah akan hantar kamu ke neraka.

Ada seorang kawan pernah memberitahu bahawa dia masuk ke dalam satu forum membincangkan tentang masalah wanita. Tetapi malangnya mereka yang berilmu memperlekehkan yang jahil. "Kau tu baru nak belajar pakai tudung, tu pun pakai salah ikut tah apa fesyen, cam tak ikhlas je." Dah tahu dia baru nak belajar kenapa tak ajar dengan cara berhikmah. Dah memang dia terang jahil tidak tahu apa-apa tentang etika seorang muslimah. Ikhlas atau tidak mereka tu siapa yang tahu? Allah. Itu pun Alhamdulillah Allah bukakan hati yang jahil itu untuk bertudung. Dengan ayat mereka tadi tu tak mustahil yang jahil akan kembali semula dengan life mereka sebelum ni.

Sebab itu, orang jahil ni, kita takyah hujjah banyak-banyak. Kalau kita tengok mereka jawab nampak jahil, baik kita ambil langkah diamkan diri saja, takyah hujjahlah. Kalau kita berhujjah lagi, dan mereka semakin lawan, semakin jahil. Semakin buka mulut, semakin terserlah kebodohannya; maka dibimbangi aqidahnya boleh terbatal disebabkan kita. Tak pasal-pasal dengan kita-kita sekali berdosa. Jadi, kita ambil langkah sepertimana yang disebut dalam Quran, "Selamatlah ke atas kamu! Semoga Allah beri hidayah pada kamu."

Walaupun begitu, tegur tetap kena tegur juga. Bila seseorang itu nampak jahil, perbetulkan dia. "Kamu ni jahil. Sepatutnya kamu tak boleh duduk dalam kejahilan. Baliklah kepada Islam." Kita wajib beritahu macam itu. Bukan makna kita kena dok diam.
Sebab itu dengan orang jahil ni kena tegur dengan cara berhikmah. Supaya mereka dapat ilmu yang kita terangkan itu dan faham keseluruhannya. Tetapi jangan sampai nak memperlekehkan orang lain. Jangan sampai tahap nak bagi orang nampak kita yang hebat dan mereka yang jahil tu tiada apa-apa nilai. Sebab dari situ sifat ujub dan bongkak timbul, dan boleh membawa kepada neraka Allah swt.

3. Barangsiapa yang menuntut ilmu untuk dipuji orang, Allah akan hantarnya juga ke neraka. Tapi kalau kita tidak minta dipuji, orang ramai nak cerita juga hal kita, betul tak? Kata Nabi saw, "Itu tandanya Allah menaikkan darjat kamu." Nampak tak bezanya? Janji, kita jangan berniat untuk dipuji.

Inilah dia apa yang nak saya sebut pada kali ini; iaitu betulkanlah niat nak mengaji ilmu dan betulkanlah juga tujuan kita. Insyaallah moga diperbetulkan. Yang kita risau ialah saudara mara kita yang lain, yang masih lagi belum faham tentang agama Allah swt. Apa yang kita boleh buat ialah berdoa semoga Allah membuka pintu hati mereka kerana Allah itulah sebaik-baik pembuka hati manusia.

Wallahua'lam

Rujukan adab dengan manusia

11 December 2011

Hijab/Tudung Dan Persoalan

Ber-hijab Itu Susah?
"Islam itu susah." Begitulah propaganda musuh-musuh Islam. Mereka menggarisbawahkan kenyataan bahawa umat Islam wajib solat lima kali sehari, puasa minima sekali sebulan, dan harus berzakat mengikut persen dari harta yang dimilikinya. Tapi faktanya, Islam itu selalu sesuai dengan fitrah manusia. Kembali pada masalah hijab, ia sama sekali tidak menyusahkan.


Hijab membataskan aktiviti?

Sama sekali tidak benar! Hal ini sama seperti mengenakan kasut apabila hendak berjalan. Tidak pasti samada contoh ini logik di mata anda. Tidak kisah pun kalau anda hendak keluar berjalan tanpa kasut, tapi kalau pakai kan bagus. Sebab apa? Sebab kasut itu yang akan melindungi kaki dari pelbagai bahaya, misalnya paku, kaca, atau duri. Sama juga dengan hijab, mungkin ada sedikit kesulitan yang timbul kerana memakainya, namun ia benar-benar berfungsi dalam melindungi diri anda, sekaligus juga melindungi dari kerosakan moral malah menjadikan diri nampak lebih cantik dan ayu. Kalau orang tua melihat confirm diambil jadi calon menantunya. Ruqaya al-Ghasara, seorang atlet sprint Muslimah asal Bahrain telah membuktikan bahawa menutup aurat (meskipun yang dilakukannya masih belum sempurna) tidak menghalangnya dari meraih pingat emas acara sprint 200 m di Asian Games. Sekalipun hendak memanjat gunung atau membuat aktiviti lasak tidak menjadi masalah. Kawan saya ada yang menyertai kelab taekwondo, panjat gunung, netball dan sebagainya. Dan mereka ini memakai tudung labuh, tetapi tidak menjadikan hijab itu masalah kepada mereka. Cuma jika berasa tidak selesa boleh memakai tudung selain tudung labuh tetapi menutup aurat mengikut syara'.


Hijab = susah mendapat jodoh?

Pertanyaan ini pelik sedikit. Pertanyaan sebenarnya adalah lelaki yang anda admire tu mencari pasangan yang bagaimana? Kalau dia ingin berkahwin dengan artis Hollywood, maka memang benar hijab akan menyulitkan anda untuk mencapai tujuan. Tapi kalau lelaki yang anda inginkan adalah yang soleh, taat pada agama, setia, tidak menilai perempuan dari fizikal saja, maka kalau anda tak pakai hijab mereka nak ke?


Hijab membuat kita tersingkir dari pergaulan

Orang yang membuat tatu, menindik lidah, bahkan menghisap dadah pun boleh membuat pergaulan mereka lebih luas. Akan tetapi, pergaulan macam itu ke yang kita inginkan? Kita hendak berkawan dengan kumpulan yang makan tahi, jadi kita pun kena makan tahi. Ohhh.. Tahu pula tahi itu kotor tak boleh dimakan. Jadi kenapa hendak berkawan dengan mereka? Fizikal atau appearance itu melambangkan sahsiah/perangai mereka. Di samping itu, betul ke kita perlu mengikut apa yang orang-orang lakukan sebab nak berkawan dengan mereka?
Tiada masalah untuk bergaul dengan mereka tetapi seeloknya jauhkan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah. Luas atau tidak pergaulan bergantung pada kemampuan kita membawa diri.

Hijab itu ekstrimis

Yang ekstrim itu adalah orang-orang yang mengetahui perintah Allah namun menolaknya mentah-mentah, atau mereka yang mengaku beragama Islam tapi memisahkan agama dari kehidupan sosialnya. Hairan mengapa hijab dituduh ekstrim sementara berbikini telanjang ria di pantai Miami dianggap wajar. Mana yang lebih ekstrim sebenarnya : menutup aurat dengan baik dari pandangan bukan mahram atau menunjukkan aurat kepada semua mata untuk tontonan?


Demikianlah sedikit pendapat dari saya. Tulisan ini bermaksud untuk memberi motivasi, tidak kurang dan tidak lebih. Semoga saudari-saudari kita diberikan kekuatan untuk konsisten dengan hijab-nya, dan bagi yang belum mengenakannya, marilah kita sama-sama menghilangkan kecemasan di dalam hati mereka.

Saudari-saudari yang ada kemusykilan tentang permasalahan wanita boleh lawat website ini. Semoga memberi manfaat www.hanan.com.my


Wallahua'lam

10 December 2011

Mahram Bagi Wanita

Mahram bagi wanita adalah mereka yang boleh memandangnya, berdua dengannya, melakukan safar (perjalanan) bersama, diharamkan bernikah dengannya untuk selamanya dengan sebab fitrah yang menjadikannya mahram.

Di antara hikmah bolehnya wanita tidak menutup bahagian aurat tertentu di hadapan mahram adalah bagi memudahkan pelbagai urusan mereka. Di mana antaranya mereka sentiasa berada bersama bercampur-baur di dalam rumah yang sama.

Siapakah Mahram yang dibolehkan menampakkan sebahagian aurat kepadanya dan diharamkan berkahwin dengannya?

1. Suami.

2. Bapa, termasuk datuk. Termasuk datuk dari pihak ibu.

3. Bapa suami (bapa mertua).

4. Anak-anak mereka dan anak-anak suami mereka. Termasuklah cucu dan seterusnya.

5. Saudara secara mutlak, sama ada saudara kandung (adik-beradik), saudara se-bapa, saudara se-ibu, dan seterusnya ke bawah.

6. Anak-anak saudara lelaki (anak saudara) dan anak-anak saudara perempuan.

7. Pakcik dari pihak ayah atau dari pihak ibu. Mereka termasuk di dalam cakupan mahram, walaupun tidak termasuk di dalam ayat tersebut.

8. Mahram kerana sepersusuan.

9. Mereka yang diharamkan berkahwin dengannya.

Allah s.w.t berfirman:

“Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu, anak-anakmu yang perempuan, saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapamu yang perempuan, saudara-saudara ibumu yang perempuan, anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki, anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan, ibu-ibumu yang menyusui kamu, saudara perempuan sepersusuan, ibu-ibu isterimu (mertua), anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu), dan menghimpunkan (dalam perkawinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. dan (diharamkan juga kamu mengawini) wanita yang bersuami, kecuali budak-budak yang kamu miliki (Allah telah menetapkan hukum itu) sebagai ketetapanNya atas kamu. Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian (iaitu) mencari isteri-isteri dengan hartamu untuk dikawini bukan untuk berzina. Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati (campuri) di antara mereka, berikanlah kepada mereka maharnya (dengan sempurna), sebagai suatu kewajiban, dan tiadalah mengapa bagi kamu terhadap sesuatu yang kamu telah saling merelakannya, sesudah menentukan mahar itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah An-Nisaa’, 4:23-24)

Batasan Aurat Yang Boleh dilihat Oleh Mahram

Mahram boleh melihat sesuatu yang biasa nampak dari aurat seseorang wanita seperti anggota-anggota wuduk.

Kesimpulannya, wanita dibenarkan tidak menutup di bahagian tertentu pada auratnya apabila berdepan dengan mahram. Dan wajib mengenakan penutupan aurat dengan sempurna kepada selain mahram iaitu kepada sebagaimana individu yang dijelaskan di atas.

Rujukan Fiqh & Sunnah

09 December 2011

Islam Itu Mudah

Benarkah Islam itu mudah? Pertanyaan ini sering bersarang di dalam sanubari kita. Apatah lagi kepada saudara-saudara seagama yang baru mengenali Islam. Bagi menjelaskan pekara ini secara langsung, marilah kita rujuk kepada pegangan Allah S.W.T yang mengatakan bahawa Dia tidak mahu lagi manusia kesusahan atau sesuatu yang membebankan.

Rasullullah S.A.W. juga bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya Islam itu mudah"
Secara umum, perkataan mudah dan payah agak subjektif. Neraca pertimbangan yang paling tepat digunakan ialah samada perkara itu satu bebanan yang tidak berupaya manusia melakukan atau faktor persekitaran menyebabkan lingkungan keupayaannya terbatas.

Menurut prinsip Islam, semua perintah, tanggungjawab dan bebanan adalah dibuat dan dilaksanakan mengikut keupayaan manusia. Allah tidak membebankan hambaNya melainkan dalam lingkungan kemampuan manusia.

Contoh yang ketara yang boleh dibuat perumpamaan adalah perintah ibadat Solat. Permulaan memulakan solat adalah mengambil wudhuk dan bahan asas yang diperlukan adalah air. Dalam sesuatu keadaan jika ketiadaan air, Islam memberi kelonggaran dengan melakukan tayammum.

Perkara kedua adalah menutup aurat. Pakaian yang sedia ada boleh digunakan kecuali ada najis padannya. Garis panduan pakaian ditetapkan untuk lelaki ialah menutup antara pusat hingga ke lutut. Manakala bagi wanita pula adalah menutup keseluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Dalam perkara ini, jika hanya ada tudung labuh dan memakai stokin ketika itu juga sudah membolehkan untuk kita mengerjakan solat.

Oleh kerana solat adalah merupakan ibadat yang tidak boleh ditinggalkan, maka Islam memberi kelonggaran dalam beberapa situasi dan keadaan tertentu. Jika kita musafir (dalam perjalanan dengan tujuan yang baik dan diluluskan hukum syarak), dan perjalanan itu melebihi 2 marhalah (lebih 91 KM), maka bolehlah kita menjamak dan mengqasarkan solat kita.

Begitu juga apabila kita sedang sakit, kita boleh mengerjakan solat secara duduk, berbaring, mengiring atau pun menggunakan isyarat. Hatta dalam beberapa kaedah, kita boleh membaca Allahu Akbar sebanyak 7 kali (menyamai 7 ayat Fatihah) atau 7 ayat Surah sebagai ganti Surah Al-Fatihah yang merupakan rukun dalam solat, jika masih tidak dapat membaca Surah Al-Fatihah setelah diusahakan dengan bersungguh-sungguh.

Daripada contoh-contoh yang diberikan di atas, ternyatalah, Islam itu mudah. Ia akan menjadi sukar jika kita terlalu ekstrim dalam mengamalkannya. Penekanan bersederhana penting dalam ibadah di samping meletakkan prinsip istiqamah sebagai teras. Keterlaluan dalam ibadah tanpa mempunyai sandaran dan nas yang kukuh atau hanya sekadar ikut-ikutan akan menyebabkan ia membelenggu kita yang akhirnya menyebabkan kita terus meninggalkan ibadah tersebut.

Solat dalam Islam tidak membebankan manusia, malah ia merupakan suatu amalan yang digemari kerana selain dari menjadi ibadah menyembah Tuhan, ia juga akan;
Melatih daya pemusatan pemikiran
Meningkatkan rasa keikhlasan terhadap Allah
Melatih diri ke arah ketepatan waktu
Membiasakan diri mengamalkan kebersihan
Memberi kerehatan saraf
Menyatakan pengakuan terhadap kebesaran Allah S.W.T.
Menanamkan rasa muhibbah dan semangat perpaduan menerusi solat yang dilakukan secara berjemaah

Begitu juga aspek makanan dan minuman. Istilah darurat boleh digunakan terhadap sesuatu tindakan apabila tiada alternatif lain boleh dicari bagi meneruskan hidup. Kita boleh makan daging khinzir; sebagai contoh, sekiranya pada ketika itu, hanya itu sahaja makanan yang ada untuk menyambung nyawa bagi meneruskan kehidupan.

Demi menggambarkan bahawa Islam itu mudah dan tidak membebankan, kita selusuri sejarah pengharaman arak yang dibuat secara berperingkat-peringkat. Melihat kepada tahap keimanan Umat Islam ketika itu, ayat yang mengharamkan ialah ketika bersolat kerana ditakuti bacaan mereka di bawah sedar ini tersalah. Peringkat seterusnya pula, ia diharamkan terus kepada Umat Islam kerana memabukkan yang lebih membawa keburukan daripada kebaikan.

Setiap insan yang mengamalkan perintah Allah S.W.T. dengan yakin dan sempurna akan dapat merasai nikmat kegunaan dan faedah daripada perintah-perintah itu serta merasa bahagia.
Oleh itu, marilah sama-sama kita hayati dalam kehidupan. Sesungguhnya Islam itu indah.

Wallahu`alam

07 December 2011

Perempuan. Akal Setipis Rambutnya

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman'.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.

Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara . Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali.

05 December 2011

Smart



Jaga diri,
Jaga iman,
Jaga hati,
Jaga peribadi :)


04 December 2011

Sesejuk Mata Memandang, Seindah Akhlak Terpampang

Apa yang anda faham tentang kata-kata ini? Sudah tentu ramai yang fikir hanya kecantikan sahaja yang membuatkan mata kita terpesona.Tapi ingatlah kecantikan tidak mengambarkan akhlak.

Istilah SESEJUK MATA MEMANDANG, SEINDAH AHKLAK TERPAMPANG menggambarkan seseorang yang mempunyai peribadi yang baik.

Apabila kita melihat seseorang, kita dapat melihat sinar wajahnya dan hati kita terasa damai. Kita melihat seseorang itu dari sudut perwatakannya, pergaulannya,percakapannya, dan yang penting kita mesti mengenalinya.

Seseorang yang baik perwatakannya akan menjadi contoh kepada ramai orang.

FIKIR-FIKIRKANLAH. Adakah anda tergolong dalam insan yang diberi gelaran SESEJUK MATA MEMANDANG, SEINDAH AKHLAK TERPAMPANG.

02 December 2011

Salah Faham Terhadap Hudud

Salah faham yang pertama ialah apabila ada menganggap bahawa persoalan Hudud merupakan persoalan yang hanya dikaitkan secara ekslusif dengan golongan ekstrimis Islam. Padahal Hudud merupakan perkara asas dalam persoalan keimanan dan tauhid kepada Allah SWT. Hukum Hudud telah dinyatakan secara jelas di dalam Quran dan Sunnah. Setiap muslim wajib menerima kewajiban Hudud untuk dilaksanakan di kalangan masyarakat Islam.

Hujjah yang mengatakan bahawa Hudud tidak lagi sesuai dengan perkembangan zaman moden adalah hujjah yang dangkal. Sekiranya Hudud ketinggalan zaman, maka begitu jugalah halnya dengan semua hukum syariat yang lain seperti hukum solat, puasa, haji, nikah kahwin, dan jual beli. Kesemua hukum-hukum ini juga dinyatakan secara jelas oleh Al-Quran dan Sunnah.

Contohnya, lelaki yang adil bukan hanya perlu sebagai saksi-saksi dalam pengendalian kes-kes jenayah Hudud, tetapi juga sebagai wali nikah dan imam solat. Maka itu, andaian yang mengatakan bahawa amat sukar untuk mendapatkan saksi yang adil untuk menjadi saksi kes Hudud sebenarnya juga seolah-olah mengandaikan bahawa hukum nikah kahwin dan solat berjemaah tidak lagi perlu dipraktikkan oleh umat Islam sekarang. Tentunya ini merupakan andaian yang liar dan tidak benar.

Sekiranya Hudud mahu dilabelkan sebagai agenda golongan ekstrimis Islam, maka apakah semua orang yang bernikah kahwin mengikut syariat dan bersolat jamaah juga perlu dilabelkan sebagai ekstrimis Islam? Maka, siapa lagi sebenarnya di kalangan umat Islam yang bukan ekstrimis melainkan kesemua muslim yang baik akan digelar ekstrimis Islam belaka.

Salah faham seterusnya ialah apabila kita melihat hukum Hudud dalam bentuknya yang juz'i (stand alone) yang terpisah dari sistem jenayah syariah Islam secara keseluruhan. Islam adalah sistem yang lengkap dan saling melengkapi (kamil wa mutakamil). Setiap elemen dari ajaran Islam tidak boleh diceraikan dari keseluruhan batang tubuh Islam itu sendiri, dan begitu jugalah halnya dengan hukum Hudud. Hukum Hudud dalam bentuknya yang juz'i (stand alone) tidak akan mampu melahirkan keadilan, dan keadaan ini telah dipergunakan sepenuhnya oleh golongan penentang Hudud untuk menggambarkan bahawa Hudud adalah zalim. Mereka menilai Hudud dalam bentuknya yang terpisah dari keseluruhan sistem kehakiman dan perundangan Islam, dan sememangnya Hudud yang diambil secara juz'i ini boleh disifatkan sebagai tidak adil atau zalim.

Contoh yang selalu dikemukakan adalah persoalan rogol. Dalam hukum Hudud, jenayah rogol adalah disamakan dengan jenayah zina. Tahap kesaksian dan hukumannya juga sama. Dalam Hudud juga, menuduh seseorang yang dikenali sebagai orang baik melakukan zina tanpa mendatangkan saksi yang berwibawa merupakan suatu kesalahan Qazaf yang boleh membawa hukuman sebanyak 80 rotan. Lalu diambil peruntukan-peruntukan hudud ini secara terpisah oleh penentang Hudud untuk menggambar betapa mangsa rogol akan dizalimi.Mereka mengandaikan bahawa seorang mangsa rogol perlu mendatang 4 orang saksi lelaki yang adil untuk membuat pengaduan atau menghadapi risiko kesalahan Qazaf. Ini, menurut andaian mereka, adalah menzalimi mangsa rogol dan melindungi perogol. Padahal, undang-undang yang melibatkan kes rogol perlu dirujuk kepada keseluruhan peruntukan undang-undang jenayah syariah secara lengkap (Hudud, Qisas, Takzir, Undang-undang keterangan, siasah syari'ah) dan tidak boleh dinilai dari perspektif hukum Hudud secara terhad dan terpisah.

Seseorang yang mengadu dirinya dirogol, sepertimana kes-kes biasa, perlu membuat laporan polis dan melakukan pemeriksaan doktor. Ini prosedur biasa. Polis atau pegawai penyiasat akan melakukan penyiasatan berdasarkan laporan dan keterangan yang diberikan. Sekiranya terdapat bukti yang kukuh bahawa kes rogol sememangnya telah berlaku, pegawai penyiasat akan menyerahkan laporan kepada pihak pendakwa.

Sekiranya tahap kesaksian untuk pendakwaan dilakukan dalam hukum Hudud tidak mencukupi (tiada 4 orang saksi yang melihat kejadian tersebut), pihak pendakwa masih boleh mendakwanya di bawah undang-undang Takzir. Melalui peruntukan Takzir, beban pembuktian adalah lebih longgar dan hukumannya juga lebih ringan berbanding Hudud. Pemeriksaan doktor dan keterangan-keterangan serta bukti-bukti yang dikumpulkan oleh polis ini (DNA test, laporan kesihatan, penilaian psychology, dll) dinamakan sebagai Qarinah. Qarinah boleh digunakan sebagai bahan bukti yang boleh mensabitkan kesalahan takzir ke atas perogol. Qarinah ini juga boleh mengelakkan mangsa rogol dari dakwaan Qazaf, kerana Qazaf merupakan kesalahan Hudud dan sebarang keraguan yang boleh ditimbulkan (melalui Qarinah) dalam kes Hudud boleh menggugurkan kes tersebut. Hukuman Hudud boleh dilakukan ke atas seseorang hanya apabila tiada sebarang keraguan langsung (beyond any shadow of doubt). Manakala untuk kesalahan yang boleh dibuktikan secara jelas oleh Qarinah, tetapi tidak mencapai tahap kesaksian yang diperlukan oleh Hudud, hukum Takzir boleh dikenakan terhadap penjenayah tersebut.

Mengaitkan Qazaf dengan kes rogol secara mutlak adalah suatu andaian yang liar dan tidak adil. Hukum Qazaf berfungsi untuk melindungi maruah seseorang individu yang baik dari sebarang tuduhan melulu yang boleh menjatuhkan maruah diri dan keluarganya. Sekiranya, seseorang itu menuduh dirinya dirogol oleh seseorang, sedangkan bukti dan keterangan (Qarinah) yang dibawa menunjukkan sebaliknya, barulah ia boleh didakwa di bawah Qazaf. Contohnya, Minah menuduh Ali merogolnya sehingga mengandung, tetapi ujian DNA menunjukkan bahawa anak tersebut bukanlah dari benih Ali, maka Minah akan menghadapi risiko dakwaan Qazaf melainkan ada 4 orang saksi yang berwibawa yang melihat kejadian rogol tersebut, ataupun dapat dibuktikan secara Qarinah bahawa dia dirogol oleh ramai orang dan Ali adalah salah seorang daripada mereka. Tetapi, sekiranya ujian DNA mengesahkan bahawa anak tersebut memang jelas dari benih Ali, maka Ali boleh didakwa di bawah peruntukan Takzir, manakala Minah tidak akan dihukum di bawah Qazaf. Dalam kes ini, Ali tidak didakwa di bawah Hudud kerana tahap kesaksian tidak menepati kehendak hukum Hudud, sebaliknya beliau akan dihukum di bawah undang-undang Takzir.

Dalam kata lain, sekiranya perkara ini dirujuk kepada keseluruhan rang undang-undang Hudud, Qisas, Takzir, Undang-Undang Keterangan, dan ditambah dengan kefahaman terhadap konsep Siasah Syariah, maka segala keraguan dan andaian liar terhadap Hudud atau mana-mana peruntukan dalam hukum Jenayah Syariah tidak sepatutnya berlaku.

Kesilapan melihat peruntukan hukum jenayah syariah dalam bentuknya yang stand alone (juz'i) ini juga berlaku kepada pengkritik hukum Qisas. Mengikut peruntukan hukum Qisas, seorang pembunuh itu wajib dibalas bunuh melainkan beliau mendapat persetujuan dari waris mangsa untuk membayar diyat (gantirugi), ataupun pengampunan terus dari waris mangsa. Andaian yang sering dibuat oleh penentang Qisas ialah bahawa seorang pembunuh yang kejam dan merbahaya akan terlepas dari hukuman sekiranya waris mangsa bersetuju mendapat bayaran ganti rugi atau mengampunkan pembunuh tersebut. Sekiranya ini berlaku, pembunuh itu boleh terus membunuh mangsa-mangsa yang lain.

Sekiranya kita membaca peruntukan tersebut secara lengkap dan bersama dengan peruntukan-peruntukan yang lain, sebenarnya Hakim masih boleh menjatuhkan hukuman Takzir ke atas pembunuh itu, di samping hukum Qisas sekiranya pihak Mahkamah bersetuju bahawa pembunuh tersebut perlu dihukum bagi menjamin ketenteraman awam. Dalam kata lain, walaupun pembunuh tersebut mendapat pengampunan dari waris mangsa dari dijatuhkan hukuman bunuh balas (Qisas), beliau masih boleh dihukum penjara atau hukuman-hukuman lain yang setimpal dengan kesalahannya. Jadi, tidak timbul persoalan samada seseorang penjenayah itu dengan mudah boleh melepaskan diri dengan memberi rasuah kepada waris mangsa.

Seperkara lagi yang sering diabaikan dalam perbahasan berkenaan Hudud ialah peri pentingnya kefahaman terhadap Siasah Syar'iah di dalam perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah. Kebanyakan mereka yang menentang Undang-Undang Hudud dan Qisas adalah terdiri dari kalangan mereka yang mempunyai kefahaman yang sangat terhad terhadap Siasah Syari'ah. Siasah Syar'iah amat penting bagi menghadapi kes-kes yang rumit dan spesifik. Para Hakim dan Peguam Syari'ah adalah mereka yang terlatih di dalam ilmu Siasah Syari'ah. Ini penting agar keadilan sistem perundangan Islam dapat dilaksanakan.

Umpamanya penentang Hudud mempersoalkan tentang keperluan saksi lelaki di dalam kes-kes Hudud, dan bagaimana sekiranya kejadian rogol dilakukan di asrama wanita. Kes seperti ini boleh dirujuk kembali kepada perbicaraan terhadap pembunuhan Osman bin Affan, salah seorang Khalifah Islam. Saksi kepada pembunuhan tersebut ialah isteri Osman sendiri, dan tiada saksi lelaki. Hakim, menggunakan kaedah Siasah Syari'ah bagi membenarkan kesaksian dari kaum wanita kerana kes-kes tersebut memerlukan kesaksian mereka. Oleh kerana kesaksian beliau cukup kukuh dan tidak dapat dicabar di mahkamah, maka kesaksian tersebut diterima di dalam perbicaraan itu.

Begitulah juga dengan peristiwa yang berlaku di zaman pemerintahan Islam di mana terdapat seorang gadis yang mengandung lalu dibawa ke muka pengadilan. Gadis itu mempertahankan dirinya menyatakan bahawa beliau tidak tahu sesiapa yang merogolnya, tetapi menyebut bahawa beliau adalah seorang yang terlalu kuat tidur sehingga tidak sedar jika diperlakukan sesuatu yang tidak baik ke atasnya. Memandangkan kes ini jarang berlaku, hakim telah membenarkan tertuduh mengemukakan beberapa saksi yang boleh mengesahkan dakwaannya bahawa beliau adalah seorang yang terlalu kuat tidur. Setelah hakim berpuas hati dengan kesaksian bahawa gadis tersebut memang dikenali sebagai seorang wanita yang taat beragama serta berakhlak baik, dan kesaksian bahawa beliau memang seorang yang terlalu kuat tidur sehingga tidak sedar diperlakukan sesuatu ke atasnya ketika sedang tidur, maka hakim telah menggugurkan kes tersebut kerana terdapat keraguan yang munasabah bahawa gadis tersebut telah berzina secara sukarela.

Bagi mereka yang memahami persoalan Siasah Syar'iah secara mendalam, Hukum Hudud merupakan suatu sistem perundangan yang adil dan dinamik yang mampu menangani persoalan semasa selari dengan kemajuan saintifik dan perkembangan sosio-ekonomi masyarakat. Sebenarnya, terlalu banyak kes-kes penghakiman di dalam sistem perundangan Islam yang mempu membuktikan bahawa sistem ini merupakan sistem yang adil dan dinamik, di samping menepati kehendak syara' seperti yang telah digariskan oleh Al-Quran dan Sunnah.

Umpamanya, kes rogol mungkin tidak berlaku paksaan secara fizikal semata-mata. Ia juga boleh berlaku melalui tipu muslihat lain seperti kaedah tekanan mental, perasaan, dan lain-lain. Seorang mangsa rogol umpamanya mungkin terpaksa menyerahkan dirinya kepada seseorang yang dianggap lebih berkuasa dan berpengaruh serta boleh menjejaskan kehidupan keluarganya dalam pelbagai sudut. Pembuktian kes-kes seperti tentunya lebih rumit dan memerlukan pendekatan Siasah Syari'ah yang lebih mendalam. Bagaimanapun, tentulah dangkal dan tidak benar untuk mengatakan bahawa hukum Islam telah ketinggalan zaman sedangkan ianya telah terbukti mampu menjadi tunggak kehakiman ummah selama lebih seribu tahun sejak terdirinya kerajaan Islam di Madinah sehinggalah kepada kejatuhan Khalifah Othmaniah pada tahun 1924.

Apa yang menjadi masalah ialah ramai umat Islam hari ini yang sudah terpisah dengan pengamalan syariat Islam sehingga merasa cukup asing dan melihat hukum syariah dengan penuh prejudis dan kecurigaan, sedangkan mereka tidak mempunyai kefahaman yang mendalam berkenaan ilmu tersebut. Apatah lagi apabila masyarakat bukan Islam yang juga cuba menilai hukum ini dengan keilmuan sifar, secara tidak beradab mencela dan menghina hukum Islam. Wallahua'lam.