04 December 2011

Sesejuk Mata Memandang, Seindah Akhlak Terpampang

Apa yang anda faham tentang kata-kata ini? Sudah tentu ramai yang fikir hanya kecantikan sahaja yang membuatkan mata kita terpesona.Tapi ingatlah kecantikan tidak mengambarkan akhlak.

Istilah SESEJUK MATA MEMANDANG, SEINDAH AHKLAK TERPAMPANG menggambarkan seseorang yang mempunyai peribadi yang baik.

Apabila kita melihat seseorang, kita dapat melihat sinar wajahnya dan hati kita terasa damai. Kita melihat seseorang itu dari sudut perwatakannya, pergaulannya,percakapannya, dan yang penting kita mesti mengenalinya.

Seseorang yang baik perwatakannya akan menjadi contoh kepada ramai orang.

FIKIR-FIKIRKANLAH. Adakah anda tergolong dalam insan yang diberi gelaran SESEJUK MATA MEMANDANG, SEINDAH AKHLAK TERPAMPANG.

4 comments:

qalamunir said...

Sesejuk mata memandang dan seindah akhlak terpampang terikat dengan tanda aras [benchmark] syariat Islam.
Tanda aras lain adalah sekunder.

Justeru, awas jangan jadi pelopor tanda aras yg salah dan tidak Islamik.

janggout said...

contoh tanda aras yg salah?

qalamunir said...

Contoh Tandaras yg salah antaranya:-
1. penampilan pakaian tidak mencerminkan pakaian Islam - bukan menyentuh fesyen tapi tutupan aurat, tulisan/perkataan atas baju/seluar yg lucah/double meaning/meaningless/anti Tuhan dll;
2. penampilan watak - lelaki bersubang di hidung/telinga/dagu/bibir etc; rambut cacak ala tiruk/trojan bercat/tocang kungfu dll yg x ada dlm sunnah.
3. pemakaian bahasa dlm pertuturan @tulisan yg kasar/kesat/amoral. Bicara komunikasi yg sia-sia tanpa isi bernas/berguna kpd diri dan org lain.
4. Gayahidup yg tak bercirikan iman dan kepribadian Muslim/Muslimah.
Justru jangan jadi pelopor watak/pribadi/carahidup yg akan menjadi ikutan org lain yg menyebabkan kita mendapat saham dosa yg tak berkesudahan, kecuali kita kena buat koreksi sehingga semua yg terpesong lantaran kita utk memperbetulkan kesilapan dan bertaubat. wallahua'lam. Salam kasih sayang semoga teguh iman.

janggout said...

noted