24 December 2011

Perempuan & Minyak Wangi

"Amboi.. Wanginya dia.", usik si lelaki apabila seorang wanita cantik melintasinya. Hati si wanita bukan main bunga-bunga lagi. Semua bunga la ada dalam hati dia masa tu. "Burberry. Kau ada?", balas si wanita sambil berlalu.

Wahai para
wanita sekalian, tahukah anda wangian yang anda pakai semasa anda keluar berjalan akan menimbulkan fitnah jika terbau oleh lelaki yang lain? Benda ini sesuatu yang telah umum berlaku pada zaman sekarang tetapi dipandang ringan.

"Barangsiapa di antara wanita yang memakai wangian, kemudian berjalan keluar di tengah kaum lelaki dan mereka mencium baunya, maka ia adalah sama dengan zina." (Hadis Riwayat Ahmad)

Memang Allah suka kepada kecantikan dan wangian. Tetapi untuk diperagakan kepada siapa? Mahram atau yang bukan mahram? Sebahagian
wanita tidak peduli dan mengambil mudah masalah ini walaupun hadis di atas adalah peringatan keras dari Nabi saw sendiri. Dengan memakai wangian itu boleh menaikkan rasa syahwat lelaki.

Bukan hanya itu sahaja, malah syariat Islam menyuruh wanita yang memakai wangian ini supaya mandi seperti mandi junub apabila hendak keluar rumah walaupun ke masjid.

"Barangsiapa di antara perempuan yang memakai wangian, kemudian keluar menuju masjid supaya dicium baunya, tidak akan diterima solatnya hingga dia mandi seperti mandi junub(besar)." (Hadis Riwayat Ahmad)

Syariat Islam menetapkan perfume wanita adalah yang berwarna dan tidak berbau kuat.

Tapi kalau dok kat rumah boleh je nak pakai perfume bagai. Janji jangan ada yang bukan mahram di dalam rumah tu. Bagi yang sudah berkahwin, digalakkan si isteri berhias dan memakai wangian untuk si suami.

Dibolehkan wanita memakai deodoran (betul ke eja ni?) ketika keluar atas sebab untuk menghilangkan bau badan. Kalau tak pakai, masa kat tempat kerja nanti bau hangit satu ofis susah pulak ye dak? Tetapi ada pendapat yang mengatakan memakai sekadar untuk menghilangkan bau badan sahaja dan ada pendapat lain mengatakan bila selesai memakai tunggu sehingga bau tersebut hilang baru keluar dari rumah.

Kita memohon kepada Allah semoga Dia tidak mengutuk kita, dan semoga kita tidak dibebani dosa disebabkan kelakuan mereka-mereka yang jahil. Semoga Allah membimbing kita semua menuju jalan-Nya yang lurus.

Wallahua'lam

6 comments:

qalamunir said...

dalam sunnah Rasul, dipesan agar barangsiapa yg ditawarkan [offer] wangian, ia hendaklah tidak menolaknya. Bukan tawaran jualan murah ye, tapi pemberian calitan percuma utk menikmati kewangian parfum. Ini harus difahami dalam konteks am bahwa lelaki ofer lelaki dan wanita ofer wanita. bukan dlm konteks ajnabi male kpd female or vice versa.
telah menjadi kelaziman apabila suami isteri sudah menjadi familiar malah usang, bau wangian kian menghilang karena udah x dihiraukan lagi, sebab x ada motivasi menggoda. Justeru perihal ini perlu diprihatinkan oleh pria dan sekalian prianita, agar cekap dan selalu ngetop dlm mengurus badan agar wangi sampai dikapankan pun wangian setanggi semerbak mewangi jenazahnya.

Oleh itu biar wangi dan tampan; jangan wangi tapi selekeh. Atau lebih teruk lagi selekeh bin busuk.
Org Islam mesti bercitra anggun
tampan, bukan macam siGondrong dari Gua Hantu. W/pun harganya murah namun ada pahala, karena Allah tidak tertarik kpd nilai materi, tapi nilai amal yg ikhlas yg sunnatic.

محمد رازيق said...

nice entry bro. tq untuk perkongsian ini. mungkin ramai wanita yang terlepas pandang mengenai ini.

janggout said...

dad, maksud 'pemberian calitan percuma utk menikmati kewangian parfum' merujuk juga kepada yang di shopping kompleks memberi tester minyak wangi kepada orang ramai, betul kan?

janggout said...

terima kasih saudara Razik. moga ilmu ini dapat dimanfaatkan :)

qalamunir said...

Kalau ofer calitan parfum di Shopping Complex, niatnya bisnes. Mahu terima calitan boleh saja, tapi biar pasti dulu ia halal [x bernajis].

Jika sipenjual/promoter mahu dapat pahala, beliau perlu betulkan niat semasa buat calitan. Yakni selain halal unsurnya, dia kena niat utk mewangikan customers - beli tak beli belakang kira. Andainya org beli dia dapat buat sales, kalau x beli dpt pahala free.

Senang bah!

aisoice !!! said...

Terima kasih infonya gan.
Lumayan buat nambah wawasan.

Gema Parfum
Minyak wangi wanita.

----------