10 December 2011

Mahram Bagi Wanita

Mahram bagi wanita adalah mereka yang boleh memandangnya, berdua dengannya, melakukan safar (perjalanan) bersama, diharamkan bernikah dengannya untuk selamanya dengan sebab fitrah yang menjadikannya mahram.

Di antara hikmah bolehnya wanita tidak menutup bahagian aurat tertentu di hadapan mahram adalah bagi memudahkan pelbagai urusan mereka. Di mana antaranya mereka sentiasa berada bersama bercampur-baur di dalam rumah yang sama.

Siapakah Mahram yang dibolehkan menampakkan sebahagian aurat kepadanya dan diharamkan berkahwin dengannya?

1. Suami.

2. Bapa, termasuk datuk. Termasuk datuk dari pihak ibu.

3. Bapa suami (bapa mertua).

4. Anak-anak mereka dan anak-anak suami mereka. Termasuklah cucu dan seterusnya.

5. Saudara secara mutlak, sama ada saudara kandung (adik-beradik), saudara se-bapa, saudara se-ibu, dan seterusnya ke bawah.

6. Anak-anak saudara lelaki (anak saudara) dan anak-anak saudara perempuan.

7. Pakcik dari pihak ayah atau dari pihak ibu. Mereka termasuk di dalam cakupan mahram, walaupun tidak termasuk di dalam ayat tersebut.

8. Mahram kerana sepersusuan.

9. Mereka yang diharamkan berkahwin dengannya.

Allah s.w.t berfirman:

“Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu, anak-anakmu yang perempuan, saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapamu yang perempuan, saudara-saudara ibumu yang perempuan, anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki, anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan, ibu-ibumu yang menyusui kamu, saudara perempuan sepersusuan, ibu-ibu isterimu (mertua), anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu), dan menghimpunkan (dalam perkawinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. dan (diharamkan juga kamu mengawini) wanita yang bersuami, kecuali budak-budak yang kamu miliki (Allah telah menetapkan hukum itu) sebagai ketetapanNya atas kamu. Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian (iaitu) mencari isteri-isteri dengan hartamu untuk dikawini bukan untuk berzina. Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati (campuri) di antara mereka, berikanlah kepada mereka maharnya (dengan sempurna), sebagai suatu kewajiban, dan tiadalah mengapa bagi kamu terhadap sesuatu yang kamu telah saling merelakannya, sesudah menentukan mahar itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah An-Nisaa’, 4:23-24)

Batasan Aurat Yang Boleh dilihat Oleh Mahram

Mahram boleh melihat sesuatu yang biasa nampak dari aurat seseorang wanita seperti anggota-anggota wuduk.

Kesimpulannya, wanita dibenarkan tidak menutup di bahagian tertentu pada auratnya apabila berdepan dengan mahram. Dan wajib mengenakan penutupan aurat dengan sempurna kepada selain mahram iaitu kepada sebagaimana individu yang dijelaskan di atas.

Rujukan Fiqh & Sunnah

5 comments:

qalamunir said...

Seperkara yg perlu diperhatikan adalah :-

1. aurat lelaki/perempuan dgn mahramnya mesti ditutup anggota wajib dgn sempurna [tanpa memperlihatkan bentuk tubuh = ketat]kecuali yg diharuskan.
2. lelaki pun mesti tau bahawa pakai sluar pendek bawah lutut utk tujuan santai/bersukan hendaklah tidak menampakkan aurat= terangkat@terselak] w/pun dlm keadaan lasak bermain@berekreasi. Warna dan ketebalan materi fabrik pun perlu diambilkira agar tidak membentuk dan menyerlahkan yg intim. Ini adalah karena ia ada kaitan dgn citra/akhlak/maruah diri insan yg beriman.
Semua ini mencerminkan kehalusan budi/dan ketinggian aqal serta nurani seseorang.

Berdoa'lah utk diberi sinar dan tawfiq oleh Allah agar tidak tersirna dlm kilauan duniawi yg menipu... Allah kagum terhadap pemuda/i yg gagah melawan nafsu mudanya yg serba mengajak kpd fujur. Salam kasih ukhuwwah fillah.

janggout said...

jadi persoalannya memakai legging didepan mahram adakah ia haram? kerana menutup aurat itu walaupun dgn mahram sekalipun perlu dgn pakaian yg longgar bkn dgn cara membalutnya

qalamunir said...

Aurat itu dibenchmark kpd Syara'. Adapun aurat itu perlu difahami dari beberapa sudut:-
a] aurat dgn diri sendiri [ketika sendirian];
b] aurat dgn mahram;
c] aurat dgn bukan mahram;
d] aurat dgn bukan Islam : lelaki
e] aurat dgn bukan Islam : perempuan

Semua hal di atas ada batas-batasnya dan keharusan utk menzahirkan aurat kita berasaskan merit kes ie. spr semasa rawatan yg memerlukan bahagian yg sakit dilihat. Atau antara suami isteri ketika senggama [itupun ada adabnya]. Al kulli hal, tidaklah bermaksud bahwa asalkan mahram - suami@isteri/anak lelaki@perempuan/ibu/bapa/pak sdra/mak sdra/datuk nenek/ibu@anak susuan/ etc [rujuk Surah An Nur], kita bole telanjang @ tunjuk aurat kita, cukup sekadar tutup sikit-sikit aje. Peraturan asas tetap berlaku ie. tutupan yg membungkus aurat yg menepati piawai syara'= tidak jarang/nipis/ketat Dan tidak menampakkan yg haram didedahkan, w/pun kpd ibubapa sendiri, karena itulah ADAB/SUSILA/KESOPANAN/BASA BASI yg perlu dipelajari dan diamalkan dlm kehidupan.

Kitab rujukan lebih detail ada di TH Ampang.

Islam Itu Indah. Yang Memburukkannya Adalah Manusia yg Tiada Tarbiyah! Selamat menuntut ilmu, karena ilmu itu ada di mana-mana bagi orang yg mencarinya.
Salam kasih mesra.

Lolly..pop! said...

salam,jazakallah uncle Qalamunir n janggout for sharing. It's critical but forgotten and less prctised in our daily life. Hence, may Allah guide us onto the straight path and make us understand Islam's values n moral.

janggout said...

salam saudari, moga memberi manfaat