27 December 2011

Kemusykilan Imam & Makmum Dalam Solat

Terdapat beberapa persoalan saya dapat dari kenalan berhubung isu ini. Kalau imam salah baca atau terlupa ayat surah macam mana hendak tegur? Kalau imam terlebih rakaat pula kita yang makmum ni kena ikut juga ke? Memang confirm imam terlebih rakaat, nak tegur camna ek?

Imam terlupa atau tersalah baca ayat surah

Dibolehkan menegur bacaan imam tersebut. Tidak terbatal solat makmum yang menegur. Siapa yang boleh tegur? Paling afdal ialah makmum di saf pertama, yang dibelakang imam atau kiri kanan imam tersebut. Sebab itu yang menjadi makmum ni kalau boleh yang menghafal surah. Tetapi jika mereka tidak tahu, maka dibolehkan makmum dari saf lain menegur dan dapat didengari oleh imam. Tapi jangan la imam baru salah je terus tegur. Berikan dia sedikit masa untuk mengingati kembali ayat yang dia lupa. Jika tidak berjaya baru makmum menegur.

Kalau makmum semua tak boleh nak tolong imam tu macam mana pula?
Perlulah imam tersebut menukar surah lain yang dia lancar atau berhenti dan terus rukuk.

Imam terlebih rakaat dan cara menegur

Untuk situasi ini cara menegur imam bagi lelaki dan wanita adalah berbeza.
Lelaki : Menegur imam dengan bertasbih (Subhanallah)
Wanita : Menegur imam dengan cara menepuk tangan kanan ke atas belakang tangan kiri. (selalunya para isteri yang diimami suami mereka)

Imam tu bangun juga untuk rakaat yang terlebih tu. Adoi, apa aku nak buat ni? Tak cukup kuat ke aku ucap Subhanallah atau menepuk tangan tadi? Ada dua pendapat berhubung perkara ini.
1. Jika betul dan yakin imam tu terlebih rakaat maka makmum boleh niat tidak mengikut imam dan meneruskan solatnya sendirian, tahiyat akhir dan memberi salam tanpa menunggu imam. Boleh juga kalau tidak berniat dan tahiyat akhir serta membaca tahiyat dan tunggu sehingga imam memberi salam dan kita pun beri salam juga.
2. Jika makmum pun was-was samada imam buat rakaat terlebih atau tidak, maka boleh diteruskan solatnya mengikut imam tersebut. Tidak batal.

Serba sedikit penerangan dari saya dan diharap yang lain mendapat ilmu dari penerangan tersebut. Sebarkan ilmu kepada yang tidak tahu.

Wallahua'lam

4 comments:

qalamunir said...

Semasa menegur kita kena niat dalam hati untuk menegur imam, bukan bercakap dan tidak ada rasa tinggi diri [sombong] sebab kononya kita ni pandai dll.

Kalau nak teliti tentang solat lebih mendalam, pi tadah kitab Muniatu Musolli dengan Sang Murobbi. Kitabnya nipis tapi isinya tebal. Syarahnya jika dipelajari, sebulan penuh pun belum habis. Dalam kitab itu dirongkai bermacam macam aspek selain perihal sunat-sunat Ab'adh & Haiah. Satu buku kontemporer karangan Us Zaharuddin berjudul Solat Sempurna, juga merupakan rujukan terbaik untuk memperbaiki solat kita.

Selamat berguru dan hidupkanlah masa dengan belajar sesuatu yg bermanfaat drp linglung tak tentu arahtuju...

janggout said...

forgot to mention that. thanks dad

drow ranger said...

camne kalau makmun tu tak tegur imam???

janggout said...

silap mana yg tak ditegur tu sedara drow ranger?