22 December 2011

Adab Memberi & Menjawab Salam

Assalamualaikum sahabat semua. Berjumpa lagi kita pada kali ini dengan tajuk yang lebih ringan berbanding sebelum ini. ehe..

Dalam hidup kita seharian, adakah kita memberi salam kepada kawan-kawan kita? Ataupun tak pernah? Atau sekadar "Wei bro, lama tak nampak. Apa khabar?". Tahukah kita dengan memberi salam kita mendapat ganjaran sekalipun orang yang diberi salam tu tak menjawab walhal menjawab salam itu benda yang wajib?

"Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa." (Surah An-Nisa : 86)


Balas dengan lebih baik? Macam mana tu? Mari kita sama-sama lihat balik adab-adab memberi dan menjawab salam.

Lafaz memberi salam:
Assalamualaikum (salam sejahtera ke atas kamu)

Lafaz menjawab salam:
Wa`alaikumussalam (salam sejahtera ke atasmu juga)

Lafaz salam dan ganjarannya :

- Assalamualaikum [10 pahala]. Selalu kita dengar.
- Assalamualaikum warahmatullah [20 pahala]. Jarang nak dengar.
- Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh [30 pahala]. Lagi la jarang nak dengar.
-
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh [40 pahala]. Tobat ah susah nak dengar orang bagi salam macam ni. Entah-entah ada di kalangan anda yang tak pernah tahu pun adanya salam panjang ini.

Menjawab salam :

Cara terbaik menjawab salam ialah dengan melebihkan salam daripada orang yang memberi salam. Kalau nak jawab pendek pun tidak apa.

Contohnya, kalau orang beri salam 'Assalamualaikum'. Kita jawab panjang sikit dari apa yang dia beri, nak lagi panjang lagi bagus. Doa kat dia lebih sikit. 'Wa`alaikumussalam warahmatullah'. Paling panjang menjawab salam ialah Wa`alaikumussalam warahmatullahi wabarakatu wamaghfiratuh waridhwaanuh.

Ada juga beberapa lafaz salam yang sah dan tidak sah. Mari kita lebihkan ilmu kita.

Memberi salam:

Assalamualaika - dibolehkan
Salamun alaik - dibolehkan
Salam alaikum - dibolehkan

Menjawab salam:

Wa`alaikassalam - dibolehkan
`Alaikumussalam - dibolehkan
`Alaikum - tidak sah
Wa`alaikum - ada bercanggah pendapat. sesetengah ulama kata boleh manakala ulama yang lain kata tidak sah
Assalamualaikum - (menjawab sama dengan orang yang beri salam) - dibolehkan

Macam mana pula dengan orang kafir yang beri salam kat kita?

Siapa pernah kena situasi macam ni? Angkat tangan. Apa yang anda buat?
Menjawab salam? Atau buat bodoh je atau memalingkan muka ke tempat lain?

Satu benda yang anda patut tahu iaitu jangan sesekali memberi salam kepada orang kafir. Haram hukumnya. Larangan memberi salam ini berlaku terhadap Yahudi, Nasrani, dan juga penyembah berhala. Kerana salam merupakan penghormatan kaum muslimin, penghormatan di dunia dan akhirat.

"salam penghormatan kepada mereka (orang-orang mukmin itu) pada hari mereka menemui-Nya ialah 'salam'." (Surah Al-Ahzab : 44)

Jadi apabila ada orang kafir yang memberi salam kepada kita maka kita (muslim) wajib menjawabnya. Bagaimana caranya? Mari kita tambah-tambahkan lagi ilmu kita.

Jika orang kafir itu beri salam tidak jelas atau dengan salam yang sengaja diubahnya seperti 'Assamalaikum' maka kita menjawabnya dengan 'Wa`alaikum' (dan atas kalian).

Jika salamnya jelas 'Assalamualaikum', maka kita jawab salam mereka 'Wa`alaikumussalam'.
Aik? Kenapa boleh jawab salam mereka dengan sempurna pulak? Kita ambil balik dalil ini.

"Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik, atau balaslah dengan yang serupa." (Surah An-Nisa :86)

Ayat di atas tidak di sebutkan : Apabila orang-orang muslim memberi penghormatan kepada kamu. Tetapi dengan ayat yang umum. Jadi sesiapa sahaja pun yang beri salam maka kita kena jawab.

Kalau lepas ni diberi salam oleh orang kafir maka anda dah tahu cara untuk jawab salam mereka. Jangan diam je atau memalingkan muka. Kecil hati mereka nanti.

Jadi, masa jumpa dengan kawan-kawan atau dengan sesiapa sahaja kenalan kita, berilah salam kepada mereka. Benda yang mudah dibuat dan senang dapat pahala. Insyaallah :)

Wallahua'lam

Rujukan : fatwa nuur 'ala al-darb, fatwa syeikh ibnu bazz

5 comments:

janggout said...

ada saya terima soalan bertanyakan boleh atau tidak lelaki memberi salam kepada perempuan dan sebaliknya.

masih lagi saya guna dalil surah an-nisa : 86 tersebut kerana ayat itu berbentuk umum dan tidak khusus kepada lelaki atau perempuan

bagaimanapun, kebanyakan ulama berpendapat lelaki boleh memberi salam kepada perempuan yang sudah berumur dan tidak kepada perempuan yang masih gadis atau muda.

semua ini adalah pendapat atau pandangan ijtihad kalangan ulama. namun terdapat beberapa hadis dan amalan di kalangan sahabat serta tabiin mengenai memberi salam lelaki kepada wanita. ibnu aun pernah bertanya kepada ibnu sirin: “Bolehkah saya memberi salam kepada seorang perempuan?” jawabnya: “Tidak ada salahnya”.

satu benda yang kita kena faham, iaitu ucapan salam adalah satu ibadat, bukan sebagai satu ucapan atau kata-kata biasa je. perlu diucapkan dengan hati yang ikhlas serta bertujuan merapatkan hubungan persaudaraan bukan sebaliknya. sebahagian ulama yang mengharuskan pun berpendapat bahawa wanita tidak wajib atau tidak perlu menjawab salam lelaki jika ucapan itu bukan dengan niat yang baik dan ikhlas.

wallahua'lam

Mehmed - said...

Assalamualaikum..jawab jangan tak jawab. kat sini saya boleh berbalas-balas salam..Ahaks!

janggout said...

wa'alaikumussalam pak mat. hehe..

qalamunir said...

Salamun 'alaik,

Besides salaam to propagate ukhuwwah amongst Musulmans, I wud like to reiterate that visitation[s] also help to foster good feeling and deeper sense of brotherhood; especially so within close family members, bosom friends, as well as best friends of mom n dad when they're gone!
So, better patch up the empty spaces among members of society in order to mend torn n dampen feelings....what more a tattered relationship.

Verily.. those who believe in Allah n hereafter must take heed of all small n big matters in life, coz Islam is all embracing. It embraces all nooks n corners of life.

Best wishes n regards to all readers.

Apa2jak said...

Terima kasih atas mklumat tntg salam...