07 August 2011

Adakah Anda Tahu?

Cara mudah untuk mencari muka surat dalam Al - Quran. Mari kita cuba.

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali anda baca Al-Quran dalam sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia). Tip yang hendak dikongsikan ini adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran. Jom sama-sama kita belajar. Contoh 1 : Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa: 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8. Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82. Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarik bukan? Contoh 2 : Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa: 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18. Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182. Contoh 3 : Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa: 23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44. Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442. Subhanallah. Memang menakjubkan betul tak kawan-kawan? Sama-sama kita kongsikan kepada kawan-kawan kita, adik-adik kita, famili kita supaya kita sama-sama mendapat pahala. Dipanjangkan info ini, moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya.

2 comments:

mOmO said...

Hmmmmm.... interesting info though!
Where did u learn 'bout it?

janggout said...

got it from a friend of mine. i tried and it works :)