10 June 2011

Statistik Umat Islam

Assalamualaikum, saya paparkan statistik berkenaan umat islam di Malaysia utk renungan kita bersama:

1. 50% sahaja umat islam di Malaysia memiliki Al-quran di rumah dan hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya


2. 80% umat islam memliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS

3. 70% umat islam tertarik dengan perkara yg membawa kepada "Karnival" atau unsur yg membawa kepada hiburan

4. 50% menyokong program seperti
Akedemi Fantasia, Tomtombak, Mentor dan rancangan yg seumpamanya

5. Hanya 10% umat islam dari satu taman perumahan yg membantu masjid atau surau di sebuah kawasan

6. Hanya 20% yg menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama


7. 80% remaja hari ini tidak reti atau tidak pandai mengaji

8. 90% remaja atau kaum wanita suka berseluar panjang dan memakai T-Shirt

9. 80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang setiap bulan di panggung wayang

10. 95% umat islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji untuk mendalami ilmu agama islam itu sendiri

11. 95% wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat-syarat sah mewalikan anak mereka dan 99% bapa menyerahkan pernikahan anak mereka kepada berwalikan imam

12. 100% anak-anak islam bawah 12 tahun cenderung kepada kartun seperti Ultraman, Mask Rider, Digimon, Pokemon dan banyak lagi kartun seperti ini yang unsurnya merosakkan minda

13. 50% umat islam adalah kaki botol dan minum arak

14. 50% pasangan yg telah berkahwin dan dan mempunyai anak mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan mempunyai tabiat melanggan pelacur

15. 90% cenderung kepada keduniaan dengan ingin memliki rumah mewah, kereta mewah dan duit yg banyak

16. Hanya 30% umat islam lelaki menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu

17. 3% umat islam menunaikan solat suboh secara berjemaah di masjid atau surau setiap hari

18. 90% umat islam tidak ambil tahu tentang soal kejiranan atas konsep tidak suka jaga tepi kain orang

19. Hanya 10% umat islam yang akan membantu saudaranya yg lain terutamanya dalam soal duit

20. Dan hanya 1% sahaja umat islam yang mengetahui Sifat 20 dalam ilmu ketuhanan

21. 90% umat islam percaya, faham, berkehendak, terikut-ikut kepada benda yang Tahyul, pelindung diri, pelaris business, tarik duit,
seri muka, kebahagiaan rumah tangga, santau, pukau dan semua elemen yg menjuruskan kepada Syirik kepada ALLAH

Saya paparkan semua statistik di atas usaha untuk menyedarkan diri saya sendiri dan saudara saudari tentang betapa kroniknya kefahaman islam di negara kita sendiri hari ini. Dari peratusan yang tinggal berapakah yang boleh digolongkan kepada "orang muqmin" dan berapakah yang boleh digolongkan sebagai "Makhluk"

Sama-samalah kita buat kiraan untuk diri kita sendiri,

Yang paling penting, selepas kiraan dibuat, adakah kiraan itu dapat menyedarkan dan mendekatkan kita dengan ALLAH S.W.T?

Wallahua'alam

3 comments:

Mehmed - said...

terus rasa insaf..hehe

qalamunir said...

Bagai rumah yg sedang terbakar dan anda berada di dalamnya. Jika anda tersedar melihat api sedang marak dan asap berkelun, ada 2 tindakan atau pilihan yg perlu dibuat:-

#terus berbaring sambil melihat api terus marak; atau,
#bingkas bangun berdiri sambil berlari pantas keluar dari rumah utk menyelamatkan diri diiringi jeritan kuat mengajak orang lain keluar segera daripada bakaran itu.

Yg manakah anda pilih?

Salam qandil kemerlap.
Pelita jendela di malam gelap.

The 100 said...

mane ko dpt? insaf aku sbb aku masih lalai jugak