19 March 2011

Terlepas nak story 1

Dalam masa aku terputus bekalan internet dari bulan disember haritu sampai baru-baru ni, banyak benda dah jadi. Nak tulis dalam ni semua macam tak larat pulak. Aku tulis benda yang aku ingat la ye. Mungkin ada cerita penting yang aku lupa jugak. Otak manusia, biasa la kan. Kena upgrade memori otak ni rasanya.

25 November 2010 - 4 Disember 2010
Padang Besar - Hatyai - Satun - Koh Lipe - Koh Tarutao - Satun - Hatyai - Songkhla - KL

Masuk Thailand ikut Padang Besar. Sehari sebelum bermalam kat rumah Sulaiman Fahmi aka Leman. Kami ke lapangan terbang Hatyai guna pickup siam abang dia. Hari aku masuk tu la kemain banyak road block. Elok la sangat kami berdua tak reti cakap thai. Si Leman ni boleh la sikit-sikit. Polis siam tahan, tengok plat siam kena la tanya. Si Leman aku dengar banyak kali dok ulang perkataan sama je 'pom' 'pom' 'pom' sambil keluar kad kuasa imigresen dia. Yang polis tu angguk je aku tengok, kira ok la kot. Aku tanya Leman apa dia cakap. Dia kata dia sendiri pun cuak jugak, nasib dia bawa kad kuasa tu. Dia cakap dia bagitau polis tu dia kerja kat imigresen. 'Pom' tu maksudnya saya. Padan la pun dok pompompom. Nak cakap 'Saya pegawai imigresen rupanya'. haha.

Sampai kat lapangan terbang Hatyai aku naik van ke Satun. Boleh hujan pulak dalam perjalanan. Dengan driver tu bawak laju, jalan basah pulak. Aku duduk belakang senyap jela. Bermalam kat Satun dan esok pagi naik bot ke Koh Lipe. Pantai dan pemandangan cantik, cuma kat sini agak banyak anjing la jadi susah sikit nak berjalan. Paling murah tempat tinggal kat sini 400baht. Sempat snorkeling je. Pusing satu pulau tu tak sampai 1 jam pun. Makanan ada kedai Islam kat sini so tak susah sangat bab makan. Lepak kat Lipe 2 malam, hari ketiga gerak Koh Tarutao.

Koh Tarutao ni private island dan sebab tu tak ramai pelancong nak stay kat sini. Tapi pulau ni tenang dan sunyi. Cuma tempat tinggal dia tak terjaga, letrik ada dari pukul 6pm sampai 9am, tempat makan buka masa sarapan, tengahari dan malam. Tanya orang tempatan diorang cakap pulau ni kerajaan punya sebab tu jadi tak terjaga. Patut kena la jaga untuk pelancongan. Stay kat sini pun 2 malam, keesokannya gerak ke Hatyai pulak.

Ramai muslim kat Hatyai so lagi la takde masalah pasal makanan. Tempat tumpuan kebanyakannya tokong buddha. So sewa tuk tuk pastu suruh dia bawak pergi Songkhla. Kat sini ada la jugak tempat best macam Aquarium Songkhla, Mermaid apa tah, pastu test menembak kat shooting range askar. Pergi pasar malam yang besar gila sampai sesat. haha. Kat Hatyai pun 2 malam jugak. Next day gerak balik KL naik bas dari situ. Tambang cuma 450baht. Murah gila kalau nak dibandingkan KL ke Kedah RM43.00++. Perjalanan jangan cakap la, 11jam kalau tak silap. Menyesal takde mp3.

Itu saja serba sedikit pasal survey Koh Lipe. hehe.

p/s : orang thai pun ingatkan aku thai. ada jugak yang ingat aku ni jepun. kacak habis





Pak Bara Pier

Koh Tarutao

Koh Khai

Koh Lipe from chalet

Koh Lipe view

Koh Adang

Lipe walking street



Buddha temple at Songkhla

Golden Mermaid. Songkhla

Navy shooting range. Songkhla


Tuk tuk sepanjang kat Hatyai

Drebar tuk tuk yang hensem stylo habis

1 comment:

qalamunir said...

Sakwaddi khrap!
Phom pen kharajakan pengceng..
Yu thi Thanom Ampang.

Wela ni phom pengceng khrap!

Khun jak klab ban wan arai khrap?

Salam from Khun PO'.