26 March 2011

Terlepas nak story 2

28 - 30 Januari 2011
Taman Negara, Pahang

Kali ni aku masuk hutan belantara pulak. Tak pernah pun masuk Taman Negara ni, 1st time bagi aku dan yang lain. Aku organize sendiri under Blue Sky Outdoor. Sempat promote ye bang. Sukati la kan.

So kami 10 orang ke sana untuk 3d2n. Untuk yang jenis backpackers boleh la try datang sini tapi nak kena sediakan duit extra la kalau nak buat aktiviti lain. Yang kami punya aktiviti night trekking, hiking Bukit Teresek, canopy walk, rapid shooting, melepak dengan orang asli pastu ambil gambar banyak-banyak.

1st day berkumpul kat Kompleks Selangor pukul 8am. Sekali dengan aku datang lambat. Jem teruk pagi tu, aku dah tak sedap hati takut kena tinggal bas. Patutnya lepas subuh tu kena keluar terus. Takpe, belajar dari kesilapan. Dengan geng lain ada yang sesat tah kemana, lagi la haru. haha. Aku setel daftar dulu la sementara Dud cari jalan guna GPS via i-phone nya. haha. Mujur la driver bas boleh tunggu.

Gerak ke Jerantut dan sampai kat jeti pukul 2pm. Makan tengahari, pukul 3pm baru naik bot masuk taman negara. Bot panjang oo.. Sejengkal nak kena air. Bab ni aku suka pasal boleh kacau Bob. Penakut dia ni. haha. Naik je bot tu muka dah berubah. Sejam setengah duduk dalam bot, krem punggung wei. Siap hujan pulak kan, cantekkkk. Mujur aku bawa beg kalis air, segala macam barang diorang ni kumpul bubuh dalam. Yang diorang ni hujan pun boleh bantai sambung tidur balik.

Sampai sana terus check in hostel. 1 bilik duduk 4 orang. Liana Hostel namanya. Berehat dan kemas apa yang patut sebelum nak tunggu aktiviti malam nanti.

Masa makan malam kami diberi sedikit briefing pasal taman negara. Diorang siap tayang video sekali. Tapi bukan nak dengar sangat pun, sibuk melantak makanan. hehe. Malam tu kami buat night trekking. Masing-masing bawa lampu suluh sebesar-besar alam. Aku punya jugak yang cinonet. Ada guide yang bawa masuk dalam. Brader apa tah nama dia, dah lupa. Kami suluh merata-rata nak cari binatang, maklum la dalam hutan ni binatang dia pelik-pelik. Ada la jumpa labah-labah rare, kala jengking gemuk, anai-anai besar pelik lain macam, burung apa punya jenis tah keluar malam-malam, kancil yang aku tak sempat nak tengok tapi yang lain dapat tengok, dan yang paling besar kami jumpa ialah sepasang tapir yang tengah dating makan. Kami ambil gambar pun depa buat dek je. Aktiviti ambil masa dalam sejam untuk habis. Lepas tu balik bilik tidur.

Keesokannya lepas sarapan kami ke Bukit Teresek untuk tengok pemandangan dari atas sana. Nampak la Gunung Tahan yang aku bercadang nak tawan satu hari nanti. Masa mendaki tu depa ni pakat pulun ambil gambar je pun. Posing sana, posing sini. Termasuk la aku sekali. Mujur la bukit, kalau gunung memang takde masa la korang nak ambil gambar camtu. Lepak kat atas tu sekejap pastu hujan turun renyai-renyai. Mencicit kami turun bawah. Dan sekali lagi aku menjadi mangsa mereka untuk simpan barang-barang berharga sebab bawa beg kalis air. Berguna sungguh beg ni.

Sampai bawah hujan dah berhenti. Kami ke Canopy Walk pula nak cuba jambatan gantung yang tingginya 40 meter dari tanah dan panjangnya 550 meter. Dalam group aku ni ada juga yang gayat rupanya. Time ni seronok la nak menyakat. haha. Tengah best tengok dari atas tu tiba-tiba hujan turun balik. Mujur tak lebat. Dah setel sampai hujung kami balik untuk makan tengahari dan balik ke hostel untuk berehat sementara tunggu aktiviti petang pulak.

Petang tu kami dibawa ke penempatan orang asli menaiki bot panjang yang dibawa secara laju sepatutnya tapi brader bot tak sporting sangat pasal takut bot dia karam bertakung air angkara kami. Tapi kadang-kadang ada la juga dia speed sekejap. heh. Bot dibawa melawan arus sebab tu ia dipanggil Rapid Shooting. Sampai kat tempat orang asli tu kami diberi penerangan pasal kehidupan orang asli ni. Cara mereka hidup, cari makanan, buat api, menyumpit, dan ada lagi tapi aku dah lupa.
Kami diberi peluang untuk cuba buat api sendiri dan menyumpit. Brader guide cakap kalau dapat sumpit bagi kena patung kat tengah-tengah tu nanti dapat jadi Tok Batin yang baru kat situ. Bab ni Bob la semangat, sikit lagi dia nak jadi Tok Batin. haha.

Malam kami takde aktiviti. So kami ke seberang dan pusing-pusing tengok tempat dan ambil gambar pastu lepak minum. Minum malam ni kos sendiri. Air dia mahal gila, kat orang tempatan pun nak cekik darah jugak ke. Teh o panas RM4. Dah sama harga macam minum kat hotel!

Hari last. Pagi tu kami tak sarapan pun. Pack barang pastu check out. Cari kedai souvenir untuk beli-beli barang sikit. Tak banyak yang menarik sangat, patut mereka pelbagaikan lagi jenis barang. Dah setel cari kuih sikit pastu tunggu bas untuk ke jeti. Sampai jeti makan tengahari dan balik KL. Alhamdulillah semua selamat dan gembira.


bosan dalam bas

jeti tembeling

bot panjang


tempat tidur

aktiviti malam




panjat bukit teresek

tangkap pengganas


canopy walkway


sidang bergambar

bulls eye orang asli

try luck nak jadi tok batin

testing buat api sendiri

tok batin saja dok tepi gua pulak

melantak
gerak balik


bob yang tensen tak dapat jadi tok batin

1 comment:

qalamunir said...

muiz,

baguih lepak dgn org asli' tapi lagi baguih kalu dpt tunjukkan mereka pe'el yg cantik molek org beradab@tamaddun.

Kalu x, depa nampak hangpa sebijik macam depa. anytime bole jadi tok batin punye.