02 November 2010

Gegar Pulau Mabul








Flight ke sana jam 0720 29hb Oct 2010. Sampai di Tawau kami dibawa ke jeti untuk ke pulau. Member-member dah teruja dah nak naik bot laju. Bob kalau naik bot ni dia la yang paling cuak. Dia punya cengkam kat bot tu jangan cakap la, boleh berlubang dibuatnya.

Sampai di guest house kami disambut oleh owner tempat tu, Jeff. Nice and friendly man from Negeri Sembilan. Setel check in, lunch, rehat jap pastu terus gerak snorkeling sesi pertama. Lagi la budak-budak ni teruja. Pakai equipment semua, terjun. Ada jugak yang lemas. Haha. Hishh.. Tak baik gelak kat orang.

Petang lepak makan cekodok. Main gitar sambil tengok matahari terbenam. Layan. Malam aktiviti bebas. Ada yang keluar berjalan dalam kampung Bajau Laut, lepak kat bilik je, main kad, tah apa tah lagi diorang buat.

Hari kedua. Hari yang ditunggu-tunggu. Discovery Scuba Diving (DSD). Bahagi 2 group, pagi dan petang. Benda berjalan lancar tapi sayang ada dua orang tak lepas buat pasal telinga bermasalah. Aku orang terakhir dive. Dive Master Awang bawa aku jauh sikit dari biasa. Nampak 4 ekor penyu, yang last sekali DM Awang bagi aku pegang. Pehh.. Dia punya feeling tu lain macam beb. haha. Ada yang tiada rezki nak tengok penyu. Kesian pulak kat diorang ni. Takpela, lain kali kita dive lagi.

Malam ada yang ke kampung tengok party kecilan. Aku dan selebihnya layan snorkeling waktu malam. Ikan-ikan yang tak keluar waktu siang boleh la nampak masa ni. Jumpa belut besar beb. Menggelupur berenang naik atas.

Hari ketiga budak-budak turun snorkeling kat tempat lain pulak. Ini untuk 1st group DSD yang tak sempat buat snorkeling masa hari kedua. Kami bantai snorkel kat depan guest house je. Situ pun dah cantik dah.

Lepas lunch kami naik bot ke Semporna, cari cenderahati untuk dibawa balik. Lepas tu gerak ke pekan Tawau sambung shopping. Memang tak ingat la budak-budak ni borong. Dah macam nak meniaga kat uptown. Lepak makan malam pastu terus ke lapangan terbang, check in dan berlepas.

Jam 0015 1hb Nov 2010 kami sampai di LCCT. Naik bas ke KL Sentral dan berpecah kat situ. Lega semua berpuas hati sepanjang percutian mereka kat Mabul.

So sesiapa nak bercuti kat sana bagitau aku. Boleh kasi arrange percutian korang baik punya. hehe

p/s : gambar aku masa scuba takde lak. sedih betul

5 comments:

Azah Arjuna said...

saya.. saya..
boleh arrange kan tak? tq :p

janggout said...

boleh je cik. ehe

qalamunir said...

Setiap tadrib bukan sekadar memberi pengalaman baru, malah mengukuhkan
ilmu dan pengalaman sedia ada:-
#kesedaran bahwa semua benda bernyawa dan x bernyawa sama ada atas air @ di bawah air @ dlm air adalah Muslim. Mereka tunduk taat kpd Allah. Yg x tunduk dan taat hanyalah segelintir manusia & jin.

#nikmat mata untuk melihat keindahan warna warni dlm semua sekitaran adalah nikmat yg tak pernah manusia syukuri, karena x pernah merasai buta dan melihat alam ini dalam satu warna hitam yg suram. Bayangkan kalau alam ini hanya black & white macam Tv/wayang purba.

#bahwa semua "tempat" yg kita hadir akan menjadi saksi utk menyokong @ menentang kita di depan Sang Pencipta bergantung kpd jenis perbuatan/ibadah yg kita lakukan.

#wang & masa yg kita 'belanjakan' akan juga diaudit utk menjadi saksi atas kegiatan kita utk menentukan ganjaran thawab @ sebaliknya.

Masa depan akhirat Anda adalah apa yg Anda rancangkan di DUNIa.

Salam kasih mesra.

DuaN dEsPeRAdO said...

Hi bro...

Saya akan kesana june 2013 . Sya akan keseorangan kat sana...adaake menarik? Saya nak tey dsd tapi i cant swim. Mintak pandangan bro

janggout said...

hi. sory terlepas pandang komen bro ni. harap masih sempat utk bantu. ok je klu gerak sorang tp lg seronok klu ramai2. try je dsd bro, takkan menyesal punya. tak reti berenang tak apa. no problem. guide akan bantu dari awal smpi habis. gud luck bro :)