28 October 2010

Vrooom

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kelisa putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri di sebelahnya, pemilik kelisa tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo10 berhenti di sebelah kelisa tadi.

"Ada apa nie pakcik, kereta rosak ke?" tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak " jawap pakcik tu simple je.

"Ok, cam ni, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol" mamat ni bagi idea.

"Worrait gak tu, tapi.... nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok pakcik" mamat ni pun ikatlah tali kat kereta kelisa di depan dan hujungnya diikat di belakang bumper evo dia. Dia pun jalan la dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat ni laju la sikit, apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik kereta evo10 dia.

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo10. Apa lagi, jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari ni. Lupa la pulak dia dengan kelisa org tua yang diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak. Mamat evo10 tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pulak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup perginya... "Ini dah lebih speed limit ni" kata polis. Cecah 250km/j memasing ni. Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju ni.

"Over..over.. Ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah ferrari, sebuah evo10 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaya punya......... Sebuah kelisa biru tengah cucuk angin evo10 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!"