09 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H


Kepada seluruh umat Islam di dunia.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin.
Minta maaf jika ada salah laku dan terkasar bahasa.

Raya pertama akan beraya di Ampang lagi nampak gaya. Harap tahun ni dapat makan lemang, tahun lepas tak jumpa woi. Punya la banyak rumah aku pergi diorang hidang ketupat je. Gua mana layan ketupat.

Oh, walaupun dah tua tapi ada jugak yang murah hati bagi duit raya. Dapat duit raya sebelum hari raya beb. Lu orang ada dapat ke? takde kan. haha

Harap korang semua gembira hari raya ni. Walaupun aku rasa tak teruja sangat tapi aku rasa macam best la. Sebab apa? Sebab aku ada beli mainan kat anak buah aku ganti mercun. Tak tau la diorang reti main ke tak. Tapi yang kompom Aimi memang tak reti main kot. Tak kisah la, aku beli gak 3 bagi sorang satu.

Nama menatang ni 'seronok seronok seronok'
Siapa punya idea la yang bagi nama tu.
huh

Ok, gua nak tidur. Nanti nak bangun sahur lak. Chiow


p/s : lepas solat raya nanti nak pergi ziarah kubur ibu. rindu

3 comments:

Azah Arjuna said...

sy pun.. selamat hari raya eid muiz :)

soo said...

salam eidul fitr.. mohon ampun maaf zahir batin.. minta halal segalanya..
gambar raya mana? anak2 buahku yg comel, & kemunculan anda berambut pendek..

starry~ said...

i nak mainan ini jugakkkkkkkkkkkk!!!