26 August 2010

Kecoh Di Ampang

Rabu lepas aku ada balik rumah. Berbuka dengan family untuk pertama kali. Berhenti sekejap kat bazar, beli apa yang ayah aku pesan dan terus balik rumah.

Sampai sahaja kat pintu pagar dengan motor 125z flat black limited edition aku tu.

"Prengg prennggg"

Dari dalam aku dah dengar bunyi kecoh 3 anak dara ketots.

"Pak Uda dah balik. Yay yay." Girangnya mereka seperti menyambut kepulangan
abah mereka pula.

Pintu rumah dibuka perlahan. Aina menyua kepala keluar.

"Pak Uda nampak hensem la harini."

Aku hairan macam mana dia boleh tahu aku hensem padahal visor helmet pun aku tak angkat naik lagi. Aku saspek ni mesti ada unsur-unsur mengepow akan berlaku.

"Aina nak jalan-jalan naik motor pusing taman."

Aku dah agak dah. Ni belum lagi 2 ketot keluar, kalau aku setuju bawa Aina ronda-ronda mesti yang lain nak ikut jugak. Mana mampu aku hendel bawa motor 3 ketots atas motor. Belum campur dengan perangai diorang atas motor lagi yang suka gerak kekiri kekanan.

"Pak Uda penat. Puasa."

"Ohhh."

Mujur dia faham. Kalau tak faham jugak tadi terpaksa keluar bahasa German sikit kasi dia faham.

Aku masuk kedalam. Disambut pula dengan Dina dan Aimi. Dina macam biasa la gedik-gedik dengan aku. Tapi yang aku hairan ni dengan si Aimi. Nak pulak dia datang gedik-gedik dengan aku. Suruh dukung la, main superman la. Macam-macam. Sebelum ni kalau aku balik pantang nampak muka aku je terus lari masuk dapur. Tapi kali ni dia lain betul la. Nak cakap muka aku ni macam abah dia takde la pulak. Abah dia besar, aku ni kurus slim je. Mungkin dia baru nak perasan aku ni hensem? Dah tu kira sebelum ni aku tak hensem la? Ahhh.. Ilusi minda semua tu.

"Ei eii Pak Uda dah potong rambut."

Ketot mana lak yang perasan aku dah gunting rambut ni. Baru nak berahsia.

"Hahahha.." sakan betul korang gelak kat aku ye.

So, petang tu aku habiskan masa gurau senda dengan diorang. Rindu sangat la tu kat aku. Betul tak ummi mereka? haha..

Waktu buka puasa semua dah tak peduli kat aku. Tak patut betul. Tunggu la aku rasuah gula-gula nanti mesti korang datang balik. Heh.




punya la galak muka masing-masing.

Dari kiri : aina, pak uda hensem setelah buka visor, dina, aimi.

6 comments:

Azah Arjuna said...

mcm badut Pak Uda. ahahahaha

starry~ said...

aina dina n aimi suka upin ipin takkkkk...??? kakak ada kad raya upin ipinnnn nanti kakak pass kat PAK uda yaaaaa nak takkkkkkk

janggout said...

@azah : haritu je jadi cam badut. aha

@starry : aimi suka la makcik. opss.. akak. aimi nak 13 keping

Jarr said...

dah sampai masa lu ade anak sndiri lak bro...amacam?nak gua kasi colan colannye?

unie said...

oh pak uda, aimi bukannya takut dgn pak uda tp rambut pak uda tu mengerbang macam ***t*!! kalu pendek sikit lagi, mau aimi peluk aje pak uda xmo kasi balik hahaaa..

ala pak uda, kesian kami bertiga. ada ke patot balik setahun sekali dua tp biarkan kami merana x bersiar-siar dgn motor pak uda yang gagah perkasa itu :P

nak rasuah dengan gula²? hentikan la pak uda, setakat hacks hitam tu abah pun boleh belikan. pak lang juga baik, dia belikan kami bertiga SKITTLES!! wooot wooootttt..

janggout said...

@jarr : anak sendiri? belom sampai masa lagi bro. tgu je la nt. hehe

@unie : setakat skittles i bleh beli 18juta utk dorg tau. ahaha