08 July 2010

KL-Bangkok-Bang Saen-Pattaya-Bangkok-KL

Baru balik dari Thailand pada 7/7 jam 0245. Harini baru rasa ada mood nak menaip. Penat.

Ronda-ronda kat Bangkok dan Pattaya. Teringin tengok negara orang lain. Seronok.

Flight pagi 1/7 jam 0820, tak boleh nak lelap mata malam tu takut kena tinggal. Haha. Dalam plane bantai tidur sampai Bangkok.


Sampai sana guide datang ambil terus gerak ke Pattaya. Tapi kami singgah satu malam kat Bang Saen dan esok pagi baru sambung perjalanan ke Pattaya. Dalam kepala dok fikir Pattaya tak best pasal kawan cakap tak best. So feeling tu cam biasa-biasa je. Tapi dah sampai sana menggelupur turun nak tengok pantai. Cantik woi!! Tapi rasanya kat Phuket lagi cantik kot. Tak kisah la kan, janji lagi cantik dari Langkawi. Haha.

Ramai pelancong asing berbanding kat Bangkok. Tak berapa sesak sangat. Tak berapa apa lagi tah malas nak fikir. Cuma kat Pattaya kurang aktiviti air. Cuma yang aku nampak orang main banana bot je. Tak bernafsu langsung. Kalau ada lastik masa tu rasa nak lastik je orang yang tengah main banana bot tu. Guide kami cakap kalau nak tempat yang banyak aktiviti kena pergi jauh sikit ke pulau. Tak dapat la kan pasal bajet bukan banyak sangat pun.


Pattaya dari pagi sampai ke tengah pagi esoknya meriah. Macam diorang ni tak reti-reti nak tidur je. Dari gerai kecil-kecil kat tepi jalan, shopping mall, sampai la ke bapok-bapok yang mencari pelanggan. Sumpah geli woi tengok bapok sana. Tapi ada juga yang cantik. Haha. I'm straight ok.

Aktiviti kami lepak tepi pantai, shopping, makan somtam, lepak dengar live band, tengok wayang, main jet ski, minum kopi thai, pusing taman, pergi pasar terapung dan apa tah lagi. Kejadian sampingan pula seperti tayar pancit pergi bengkel kereta dan lipas rilek berenang dalam pinggan masa makan. Tapi aku rasa aktiviti shopping bukan main lagi hebat. Aku biasa-biasa je, yang lain tu ha macam nak bawak balik penuh kapal terbang. Dahsyat.

Oh.. Tengok bola live skrin besar team Uruguay aku lawan Holland untuk ke peringkat final. Kecundang. Mimpi ngeri aku malam tu. Rebut tempat ketiga, jumpa dengan German la pulok. Kan Miumiu kan. Haishh.

Balik 6/7 jam 1500. Naik keretapi, yang lain balik naik kapal terbang. Saja nak merasa. Transit kat Hatyai. (betul ke aku eja tu?) Lepas tu naik KTM balik KL. Ambil couch yang ada katil. Lu nak duduk je sampai KL? Kompom berakar tunjang bontot nanti. Mujur sampai KL member tak tidur lagi. Kalau tak memang aku tidur kat KL Sentral la sampai pagi esoknya.

p/s : siapa ada resipi nak buat somtam?

6 comments:

Jarr said...

bapok yeeeeeeee....hmmm.

unie said...

check la dgn cik google, konpem di jawab punye!

mOmO said...

somtam?

senang je.. pejam mata pon boleh buat....

;p

Azah Arjuna said...

nak bet apa? pffft :p

qalamunir said...

WAM

I can giv U a treat this weekend just SomTam. Got one small grai near KraMat nex 2 isthmus of Kra ajoinin Malay Peninsula. Taste good. If U like durian/le manggue with glutanous rice also available.

U want me to do it 4 U also can. JUst bring me young paPayA, then U'll see IRoN Chef in Achtung.

Waitin 2 see wat stuffs that U brougt back from Bengkok!

SAlam.

unie said...

ahaa.. i like the idea of ayah making somtam for us, or is it just for you? ~dang! but you have to buy a special lesung for that matter.

ok iron chef, bring it on!! kami dh nak balik ke KL nih. x sabo nak makan ~slurrppp

danke.