30 July 2010

InsyaAllah

Tanpa disedari masa cepat berlalu. Sudah sampai penghujung bulan Julai. Ada pengalaman manis dan pahit bagi setiap orang.

Kehangatan hanya dapat aku nikmati jika aku pernah kedinginan. Cahaya hanya boleh menyinari jika aku pernah berada dalam kegelapan. Bahagia hanya aku syukuri bila aku pernah ada dalam kesulitan. Ya Allah. Terima kasih kerana memberikan aku kesempatan untuk mensyukuri semua berkat dan kurniaanMu

Jika Engkau tidak pernah memberikan aku kedinginan, kegelapan dan kesedihan, mungkin aku akan selalu mengabaikan semua nikmat yang Engkau berikan kepada kami. Mungkin kami menjadi manusia yang kufur nikmat. Dan tanpa kami sedari kami berjalan jauh dariMu. Ya Allah.. Jangan Engkau biarkan kenikmatan melalaikan kami daripada mengingatiMu, kerana tiada tujuan kami selain untuk bertemu denganMu.



1 comment:

qalamunir said...

WAM,

TADABBUR quran regularly, as constant recitation is good 2 cleanse our soul.
Thanking Allah in the real sense is 2 submit in toto to the injunctions of Allah & Sunnah saw.
In preparation 2 meet Him, one will hav to be really prepared with good deeds and avoid sinning ourselves.

May Allah bless and guide U always.

Ameen.