03 June 2010

Israel Bangsat.

Sebelah tangan mengeji Israel, sebelah tangan lagi memberi bantuan kepada Israel.


Moga laknat Allah menimpa tentera zionis Israel pengecut yang hanya berani bunuh aktivis pembela rakyat Palestin. Juga kepada mereka yang sanggup bayar berjuta (7puluh7juta ) guna khidmat yahudi (ApCo) untuk buat onar di negara kita ni. Juga buat mereka yang memberi undi dan bersekongkol dengannya. Moga Allah bantu para pejuang Hamas membela nyawa yang telah terkorban.


Israel - tanpa mempedulikan kutukan dunia - membunuh paling kurang dua puluh sukarelawan kemanusiaan menuju Gaza!


Israel nekad. Jika selama ini hanya rakyat Palestin dibedil sesuka hati, kini, warga dunia dari segala pelusuk, tidak terkecuali. 20 dilaporkan terkorban dan 50 yang lain cedera.


Sekalipun misi dunia menerusi Freedom Flotila adalah kemanusiaan - membawa makanan dan ubatan - untuk umat Palestin yang telah lama menderita, Israel tidak teragak menumpahkan darah mereka.


Bersama di atas kapal Mavi Marmara yang mengetuai konvoi ini ialah rakyat negara kita. Kita sangat berbangga!


Erdogan, Perdana Menteri Turki, juga harus kita banggakan. Mavi Marmara adalah kapal Turki.


Turki memberikan reaksi pantas. Duta Israel di Ankara diminta berundur. Tiga latihan ketenteraan dengan Israel dibatalkan. Turki meminta Bangsa-Bangsa Bersatu mengadakan sidang tergempar.


Sweden, Sepanyol, Denmark dan Greece juga memberikan reaksi segera dengan memanggil duta Israel. Perancis meminta insiden ini segera disiasat.


Malaysia?


Menteri Luar masuk tidur awal?


Kerajaan Malaysia hanya beroperasi mengikut jam pejabat hingga lima petang?


Kita tidak merasa apa-apa dengan serangan Israel ini? Kita tidak risaukan tentang keselamatan rakyat kita? Kita tidak marahkan Israel bertindak kejam dalam perairan antarabangsa menghalang bantuan kemanusiaan untuk umat manusia yang sedang menunggu dunia membuka jendela mereka?


Malaysia seharusnya membatalkan kontrak dengan syarikat Israel - Apco - seberapa segera. Jika Malaysia telah membayar RM 77 juta kepada syarikat Israel itu, kita mesti menyumbang untuk manusia tertindas di Gaza lebih banyak dari itu.


Malaysia perlu menyokong tindakan Turki memanggil sidang khas Bangsa-bangsa Bersatu.


Malaysia perlu menghantar apa jua bantuan yang diperlukan untuk saudara Islam kita di sana.


Malaysia Malaysia. haihhh

1 comment:

naughtiest maximus said...

kdg terjadi manusia dgn mudah dibutakan tok dalang drama berpentaskan politik dunia. sedang yg lain terseksa mencari sesedut napas. dunia dunia.