13 May 2010

Cerita Band

Buat masa ni dah siap 3 lagu. Tapi belum siap buat arrangement. Drummer tak jumpa lagi dan mungkin akan minta bantuan Zam dulu. Payah betul nak cari drummer ni. Aku ofer diri nak main drum diorang tak bagi pulak. Insyaallah kalau ikut plan boleh la keluar EP nanti. Lagu rasanya lebih berunsurkan emosi, tak puas hati dan memberontak.

Line up sekarang :

Lead - Janggout
Rhythm - Janggout
Bass - Janggout
Drummer - Janggout
Vocal - Janggout

Pekejadah. Gila hebat semua aku main. Baik aku buat band macam Backstreet Boys je, tak payah main instrument pastu semua boleh nyanyi. Cool tak? haha

Yang sebenarnya :

Lead - Kimio
Rhythm - Adi
Bass - Kikim (sessionist)
Drummer - Zam (sessionist)
Vocal - Janggout

Haritu ada dengar muzik guna gamelan. Macam best je main gamelan. Boleh buat experimental nanti. Korang tau tak gamelan tu apa? Pergi google cepat. Untuk projek gamelan tu nanti la, slow-slow kayuh. Tapi tak boleh jugak nak slow-slow. Benda dah lama ni, dari 2004 mencari line up. Tukar ganti orang dah lali bagi aku dengan Kimio. Rasa macam tukar ganti boxer je. haha. Tahun ni perlu ada perubahan. Satu lagu dedicate untuk kawan yang berada ni NZ. Bukan kedai mamak NZ la wei. New Zealand la. Dia sakit paru-paru bengkak kalau tak silap. Doktor cakap kemungkinan besar tahun ni tahun terakhir untuk dia. Kena bagi cepat siap lagu ni, boleh bagi dia dengar. Sekurang-kurangnya tekanan dia kurang mendengar lagu kami. Kot la. hehe. Apa-apa pun tengok la progress kami tahun ni.

p/s : ada siapa-siapa nak join jamming? ehe

11 comments:

unie said...

u can really sing ah? doubt that..

janggout said...

heh.. dulu masuk nasyid pe :p

unie said...

backup singers mau kah? got 3 available :P

janggout said...

wow.. depa bleh soprano x? aha

unie said...

only one.. others acapella style :P

janggout said...

ohh.. mujur bkn mcm acapan. haha

Jarr said...

cantik jom rentap ngan band emo gua...:)

janggout said...

haha.. cantekk. jom session

Ibu WA Alim said...

Jalan kalu jam = semput
Otak kalu jam = biol
Jantung kalu jam = jadi graduate IJN
Hati kalu jam = setan besaghang
Kalu jamming = apa akan jadi? Korang kena jawab tekatekee ini..he heh ha kiok..

soo said...

wuit ckp nak amek su jd drummer. tipu arrrr.......

soo said...

pray for him.. hopefully dia ada harapan tok sembuh..