02 April 2010

Berfikir Sejenak

Daripada Abu Said r.a Nabi s.a.w bersabda. "Sesiapa diantara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya, iaitu kuasanya. Jika tidak mampu maka hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya - itulah selemah-lemah iman." (Riwayat Muslim)

Maka tepuklah dada dan tanyalah iman kita. Apakah reaksi kita bila meilhat sesuatu kemungkaran berlaku, seperti anak meninggalkan bapa ditepi jalan, bayi di buang di tong atau longkang, gejala korupsi yang berlaku di depan atau sekeliling kita, kepimpinan yang tidak adil dan tidak mengikut Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Dari situ kita boleh tahu berapa kuat atau lemahnya iman kita.

p/s : iman aku pun kena gilap balik ni

No comments: