17 April 2010

Bahhh.. Apa Cerita Di Sabah Bah?

Baru balik dari Sabah 2 hari lepas. Penat, bengang ngan bos sebab dia taknak tolong ambil gambar aku. tak puas hati pasal tak dapat nak jalan-jalan sangat kat sana. Dah tu pergi sana pun pasal urusan kerja kan. Tak boleh la nak hoha sangat.

Lama tak naik kapal terbang woi. Uhhh ohh. Cuak gak woi. Teruja sebenarnya tapi muka aku buat rilek cool tak bersalah je. Aku tak tau camana prosedur sebenarnya. hahaha. Main ikut bos aku je. Mana dia jalan aku folo belakang. Kena tahan masa scan. Cek punya cek dia jumpa test pen. Ala, screwdriver kecik tu. Takkan tak tau kot. hishh. Slowtalk dengan brader polis tu, mujur dia bagi lepas pasal orang Malaysia.
Last naik flight masa tu kecik lagi kot, pasport pun tumpang dengan ibu punya. So dalam situasi ni aku memang tak bersalah la. Tapi takpe, sekarang aku dah tau dah prosedur dari a-z. Kacang je macam kupas kacang cap ngan-yin. heh

Typical pic orang naik plane. Tapi aku nak ambil gambar pulau bawah tu sebenarnya. Cam takut lak nak buat skydiving nanti. Tinggi woi

Sampai sana pukul 1030. Kontraktor sana datang jemput bawa kami pergi check in hotel lepas tu terus pergi site. Kat situ aku dah nampak dah aku tak dapat nak foya-foya pasal sistem satu apa pun tak siap lagi. Balik malam la nampak gayanya. Cis. Tapi kalau nak ikutkan kerja bahagian aku tak banyak pun. Kena briefing cara penggunaan sistem cctv baru je. Yang lain tu kontraktor punya hal la. Ahh.. Aku malas cerita pasal kerja. Tukar topik. Tettt

Hotel penginapan

Tempat makan hari ke-3

Airport KK Terminal 1

Mujur ada kawan dari Sabah. Hari 1st aku dah setting dengan dia nk jumpa malam, boleh la nak merambu ramba. Balik kerja malam. Kan aku dah cakap mesti balik malam punya. Sampai hotel mandi solat apa semua aku boleh bantai tidur. Cantekk. Tengah malam aku terjaga pasal perut bunyi minta diisi. Mesej kemain banyak lagi. Tapi mujur member tak jadi malam tu. huh lega.

Esok malamnya baru aku keluar jalan-jalan dengan Baba. Ohh.. Sebelum sampai Sabah lagi bukan main banyak orang order itu ini. Mana yang sempat jela aku beli. Sori pada pesanan yang tidak diambil endah. ehe. Baba bawa pergi pasar filipin, pasar apa tah lagi satu aku lupa tapi tengok cam pasar malam je pun, bawa pusing-pusing bandar KK, singgah makan pastu balik. Ayah suruh beli ikan bulu ayam, aku tak dapat jumpa. Tanya orang yang menjual pun depa tak tau. Jangan salahkan saya ye ayah. Mungkin diorang panggil nama lain kot. Saya telah berusaha. hehe

Sebagai permulaan ok la walaupun untuk urusan kerja. Tinggal Sarawak je aku belum jejak lagi. Dapat pergi sana cukup satu Malaysia aku pernah jejak. Bulan 10 nanti rancang ke Pulau Mabul untuk scuba. Dapat lagi pergi Sabah. yay

Kapal terbang time balik. Dapat naik international flight tau. Boeing 777

Dah la, malas nak taip panjang-panjang. Banyak cerita sebenarnya tapi aku cerita yang penting je la kot. Ohh.. Gambar aku sikit je sepanjang kat sana. Tak cantik pulak tu. Bos aku taknak tolong ambilkan. Kejam betul.

p/s : kura-kura kepala besar sangat comel. aha

3 comments:

starry~ said...

yeayyy dah pegi sabah!
i raya thn ni kat kuching.. miau miau hehe..~

Azah Arjuna said...

nak sekeh kepala kura-kura. aha

unie said...

x jumpa ikan bulu ayam? alasaaaann! ohh.. sangat pandai awak memilih. my kids oso likeeee it very much. haa.. kan dh jadi charlie's angle versi blue sharks. thank you :)