04 March 2010

Ni Semua Salah Cuti

Ye.. Pagi tadi adalah pagi yang tak senonoh buat aku. Makcik jual nasi lemak pagi-pagi bertentangan dengan ofis adalah tempat aku selalu beli sarapan. Harini tah pasal apa tah, otak kurang berfungsi dengan baik agaknya. Kasihan.

Kelihatan ramai orang menunggu giliran untuk dilayan order mereka. Aku salah seorangnya. Sambil menunggu giliran otak melayang jauh. Hish. Aku pun tak tahu apa yang aku fikirkan. Ok, tiba giliran aku. Muka kering je aku order.

"Makcik, nasi lemak makan 1 eh."

Makcik tu tengok aku. Aku tengok la dia balik.

"Apahal lak ni?", aku berkata dalam hati.

"Kau nak makan kat mana dik? Makcik tak ada buka meja pun."

Cilakak!! Aku salah cakap. Malu woi. Muka yang masih kering aku jawab.

"Oh, bungkus 1 ye. Maklum la baru lepas cuti, habis semua saya lupa."

Makcik skali dengan pakcik tu bantai gelak. Budak perempuan sebelah pun gelak jugak? Lu apahal? Wa tekel kaki bagi jatuh karang.

p/s : benda terjadi masa lepas cuti raya cina. kira alasan aku kukuh la kan? cis

5 comments:

soo said...
This comment has been removed by the author.
soo said...

haahhaahahah

janggout said...

tgu la nt i silambam mkcik tu

unie said...

salah sendiri nak belasah org lain la? apa kes???

unie said...
This comment has been removed by the author.