20 March 2010

APA NERAKA!!!!

Aku ada bersembang dengan seorang kawan di YM yang bekerja di Kuwait. Kerja offshore macam tu la, asyik kena outstation je. Bukan duduk 2 3 hari kena duduk sana, makan bulan tau.

Kami bersembang hal-hal dunia pada mulanya. Makin lama bersembang dia mengubah topik memberi nasihat islamik. Aku hairan. Dia bukan jenis yang macam ni. Pantang ada peluang asyik nak mencarut. Mungkin dia berubah kot bila duduk lama di negara orang. Barangkali. Aku cuba mengorek cerita.

"Aku rasa nak berubah la, aku taknak jadi jahat dah."

"Bagus la camtu."

"Ramai orang yang aku kenal kat sini menyedarkan aku. Aku taknak buat maksiat lagi. Aku nak pastikan solat aku cukup 5 waktu."

Aku tumpang gembira mendengar. Tapi aku sedikit musykil.

Bahasa yang akan digunakan sebentar lagi mungkin akan mengganggu sesetengah pihak.

"Kau ingat lagi ke niat solat macam mana?"

"Apa lak tak ingat. Orang sini siap ajar aku lagi."

Memang sah dia lupa.

"Cuba bagitau aku niat solat subuh macam mana."

"Aku tak hafal yang versi arab, melayu punya kira boleh la kan?"

"Bedal la."

Dengan konfiden beliau taip.

"Sahaja aku solat subuh 2 rakaat esok hari, fardhu keatasku kerana Allah."

Kalau orang putih cakap 'apa neraka', jawa pula 'what the hell'.

APA NERAKA!!!!

Jahanam kawan aku sorang ni. Itu niat nak puasa la mangkuk. Yang kau praktik time nak solat tu apasal?

Aku gelak kuat malam tu.

No comments: