16 March 2010

Aku Hebat Atau Kau Hebat?

Tersebutlah sebuah kisah di antara seekor arnab dan seekor kura-kura.

"Kura-kura, apasal kau ni lembab sangat? Jadi la macam aku ni sentiasa pantas."

"Kau riak ye arnab. Tak baik tau, nanti tuhan marah."

Untuk membuktikan kehebatannya, si arnab telah mengajak kura-kura berlumba lari. Adapun niat arnab hanyalah sekadar untuk memalukan kura-kura di samping mempamerkan kehebatan sendiri kepada haiwan-haiwan lain. Kerana terlampau yakin, si arnab sempat melepak kat bawah pokok. Sambil memuji diri sendiri dia tertidur.

Apabila sedar, kura-kura yang lembab tu dah sampai kat garisan penamat. Ya betul. Kadang-kadang kelebihan diri akan membuatkan kita leka dan lalai.

Setelah tewas berlumba dengan kura-kura, arnab berasa amat malu. Dia sentiasa menjadi bahan ejekan. Mana tahan beb kena ejek selalu. Arnab nak tebus balik maruah dirinya.

"Kura-kura, jom kita race lagi sekali nak tak?"

"Haha.. Baru kau tau aku ni terer."

Aikk. Kura-kura pula yang jadi riak?

Race yang kedua ni memang arnab tak bagi peluang la. Dia dah belajar dari kesilapan. Dia terus berlari hingga ke garisan penamat.

"Sebenarnya memang aku yang terer, kura-kura memang lembab."

Kura-kura terpaksa menerima hakikat yang beliau memang lembab dan tak mungkin akan menang race dengan arnab lagi.

"So amacam? Dah ngaku kalah? Nak race lagi ke? Cakap je bila, kat mana, wa takde hal la."

"Serius? Kat mana-mana pun boleh?"

Kura-kura yang cerdik menggunakan akal bagaimana nak kalahkan arnab. Kura-kura mengajak arnab race merentas tasik pula.

"Hah! Apasal lu arnab? Lu takut? Kata tak kisah kat mana-mana."

Arnab yang tak reti nak berenang tu dah kompom la kalah. Kalah teruk beb siap lemas lagi, mujur kura-kura tolong.

Setiap makhluk ada kelebihan dan kekurangan. Tapi yang berjaya ialah pihak yang tidak mudah terleka, sentiasa berusaha dan bijak menggunakan akal. Dalam kehidupan harian kita pun tak kira la kat ofis ke, tempat belajar ke, ataupun di mana saja, kita akan sentiasa berjumpa manusia-manusia yang seperti arnab ataupun kura-kura. Mereka yang sentiasa mahu menang dan sentiasa mahu kelihatan hebat dengan cara menghina, menjatuhkan maruah dan menghentam pihak yang ingin mereka tewaskan. Akan tetapi, selalunya perasaan yakin, riak, dan suka menghina yang lain itulah menjadi punca kemusnahan masing-masing.


p/s : arnab dan kura-kura sekarang pun dah baik-baik tau. kita bila lagi?

2 comments:

soo said...

smga kita baik2 aja.. tak mudah lupa diri. insyaAllah

qalamunir said...

Moes, My 1st time browsing your blog as I was walking along the memory lane entertaining my soul. Your command of BM is pretty good.And your xpression is vivid. You may want to use your talent to invite friends to share your worldview regarding life and xistence. Possibly what U got from M3 is very relevant indeed. May Allah shed lights on U always.
Ameen.