24 January 2010

Saya Malu

Hai. Nama saya Bob. Saya berbadan besar dan berkulit gelap manis kiut-kiut gitu. Kerja saya sangat mencabar iaitu sebagai seorang 'bouncer' di kelab malam terkemuka sekitar Bukit Bintang. Walaupun saya kurang hensem tetapi ramai gadis-gadis yang suka berdampingan dengan saya.

Bukan pasal gadis yang saya nak ceritakan. Saya nak ceritakan pada anda kisah ngeri yang berlaku pada saya.

Malam itu hujan. Saya menjalankan tugas saya menjaga kelab dengan penuh dedikasi. Tiba-tiba..

"Hey Bob, mai la lepak minum dulu."

Cantikk. Peluang nak mengelat sekejap.

"Kau cuba rasa air yang aku bancuh ni, sedap tak?"

Saya tanpa banyak bunyi terus meneguk. "Sedap."

"Yang ni pula."

"Pun sedap juga."

5 kali saya try air bancuhan dia. Saya mula rasa pening. Eh, bouncer mesti kuat, kena tahan pening!!

******

Waktu balik kerja kepala saya masih pening. Tapi tak apa, bouncer mesti kuat. Saya hidupkan enjin skuter dan perlahan-lahan meninggalkan kelab. Pukul 3 pagi jalan sangat lengang. Udara sejuk membuatkan saya lebih khayal. Lampu jalan kelihatan seperti pari-pari sedang menerangi jalan saya. Ahhh romantiknya. Ishhh. Apa ni! Bouncer mesti kuat, hentikan angan-angan ni!

Lampu isyarat merah di hadapan. Dari jauh saya dah memperlahankan skuter saya. Skuter berhenti melepasi garisan putih dan jatuh. Eh, apahal boleh jatuh pulak ni? Mujur la pagi buta camtu orang tak ramai. Brader motor sebelah terpa tolong angkat motor saya.

"Abang ok tak ni bang?"

"Ok. Jangan risau."

"Betul ke ni bang?"

Eh mamat ni. Dia tak tau ke saya ni kerja bouncer. Bouncer mesti kuat.

"Betul la. Lu ada tengok wa luka-luka ke?" saya meninggikan suara sedikit lagak bouncer tegas.

"Memang la takde bang. Tapi yang tadi abang berhenti motor tak tongkat kaki tu apasal? Abang mabuk ke pe?"

Erkk!!! Saya tergamam. Tapi tak apa, bouncer mesti kuat.


p/s : kalau setakat milo campur nescafe tu tak la pening

No comments: