05 January 2010

Makcik Kedai Makan Teringat Zaman Lampau

4 Januari 2010
Waktu rehat tengahari

Perut sudah berbunyi girang macam tahu aku nak keluar makan.
"Harini kita port kat kedai area Shell je la Faris. Aku dah lapar sangat ni." Faris ok je.
Kami berjalan kaki ke Shell yang cuma beberapa puluh meter dari ofis. Suasana kedai macam biasa la penuh dengan orang. Kedai situ memang selalu penuh. Aku agak pakcik tu guna 'kaskas' untuk melariskan jualan.

Kami beratur menunggu giliran untuk ambil nasi. Agak lambat giliran bergerak. Ohh, makcik yang jaga. Mungkin pakcik yang selalu buat semua kerja tu tak sihat harini. Patut la lambat sedikit. Akhirnya tiba giliran aku.

"Makcik, nasi putih 1 makan. Tambah sikit ye."

Aku tengok makcik tu usha aku lain macam je. Masa senduk nasi pun dia pandang aku. Aku rasa tak sedap hati tapi aku masih boleh berlakon cool. Apa ada hal. Aku mengambil nasi dan terus memilih lauk. Selesai makan aku nyala rokok sebatang sambil borak-borak dengan Faris tentang hal-hal dunia dan kadang-kadang terselit sikit hal-hal akhirat.

Selesai tazkirah serba sedikit kami bangun untuk membayar. Aku tengok makcik tu dok perhati aku lagi. Apahal makcik ni tengok-tengok aku? Tak pernah tengok lelaki kacak ke?

"Berapa saya punya? Saya makan bla bla bla bla bla."

"RM5.50 sekali air."

Aku hulur duit not RM10.00. Semasa duit bertukar tangan makcik tu bersuara.

"Nak, muka ko macam boifren makcik dulu la."

Aku terkesima. Aku tengok Faris gelak cover tutup mulut. Cilaka punya perangai. Orang lain yang ada kat situ pun dok tersengih kambing. Malu beb. Aku hanya mampu tersenyum sumbing.

"Ehe."

Agak-agak kalau aku karate payung kedai makcik tu berbaloi tak? Tak pun aku silambam tulang belakang si Faris je.


p/s : geli mat

10 comments:

soo said...

kna letak sekali clip yg 'geli mat' tu baru berbaloi baloi..

gila gelak besar sy membaca cerita kamu ni muiz..

hajar.aisya said...

sedih makcik tuh terkenang boifren lama..hahaha muka cam muiz..adeh.

unie said...

hahahahhahahahahahahahahhahaaahahahahahahhahahahaaa... sakit perotku! muiz, apa agaknya makcik tu pikior bile dia jumpa awak soploh tawon lagi?

mOmO said...

Wahhh!!! kirenya ex-boyfriend mak cik tu macam johnny depp / aaron aziz la yek?

Wakakakakakakakakakaaa....

unie said...

momo : bab perasan bagi 150% kat abg awak egegee.. penat la baby ni gelak sambil menendang huhuu

Azah Arjuna said...

makcik, makcik.... hehehe

Hana Ghazali said...

hahahha...lawak2...agak2 kalo pak cik dgr die jeles x?haha :D

Anonymous said...

ngeh3...patuit pn mkcik 2 ckp gtu..da smpi mse nk mkn nsi minyak la ni...lalalala~

janggout said...

makcik tu buang tebiat kot. hoho

MiSz eiN said...

xde ape y ein nak ckp cume nak gelak je.
ahahahahahahahhahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha
:D