27 January 2010

Gundik Baru Aku

Harini Lily buat pasal. Sangat tak patut. Tak kesian ke dekat boifren dia ni. Keluar dari bank tadi dia buat hal. Aku pujuk tak menjadi jugak. Buang tebiat betul awek ni. Tendang starter tak hidup. Loose lain macam je.

Tak boleh jadi ni. Macam mana aku nak pergi kerja esok?

"Helo Ali, Lily merajuk ngan aku. Takleh nak start. Need back up."

Ali dari Kepong datang dengan kelajuan api. Mamat ni lagi dahsyat, awek dia nama nyamuk. Bajet nama awek lu lagi comel dari awek gua la? Tak kisah la janji lu datang tolong.

~Bengkel apek kat Greenwood

"Lu punya piston sudah bocor tailo. Kena kasi tukar la."

"Bila boleh siap?"

"Esok tengahari."

"Aku nak pergi kerja esok pagi camana?"

"Lu jangan risau tailo. Wa bagi lu pakai motor trek punya. Lu tengok sana plet KX 9658."

Cantek. Esok aku pergi kerja naik motor trek Suzuki. Boleh buat aksi superman.

Ali bersikap biadap mengambil gambar aku dengan awek baru aku. On the way balik rumah kami pakat gelak. "Kikikikikiki" comel kan kami gelak. Macam haram perangai.




p/s : jom la race. ada bran?

2 comments:

Azah Arjuna said...

mana manaaa manaaa?? ahahaha. bak mai sket tunjuk ;p

soo said...

tak sabar nak tgk gundik baru kamu..
Suzuki yg "sgt" laju tu.. hihihikhi