30 December 2009

Papan Tanda Macam Haram

"Jangan la camni bro. Aku cakap benda betul tapi hang tak percaya kat aku". Muka Bob gelisah, peluh mula keluar dari dahi.

Memang aku tak percaya cerita khurafat bercampur mitos ni. Sebab aku tau Bob memang kaki kelentong, 10 benda yang dia cakap 1 je aku boleh percaya. Tangan dari tadi pegang ular daun bersaiz kecil. Aku nak letak dalam baju dia, biar dia rasa sikit apa binatang buat kalau tak dapat makan. Bob yang 10 kali besar takut dengan ular daun? Pekejadah.

28 Disember 2009 20:17

Bob sedang bersiap hendak keluar membeli makanan. Aku suruh dia membeli makanan ikan dan cengkerik untuk makanan ular daun. Wang bertukar tangan. Bob membawa motosikal skuter yang bagi aku seperti dia sedang membawa basikal kerana badan beliau yang besar. Perangai serupa jebon.

Nak dekat sejam menunggu. Bob ni beli makanan ke dia tolong ambil order pelanggan lain. Lambat betul. Bob balik membawa plastik makanan yang ditapau. Aku belek pinggang dia mana tahu dia sorok kat celah pelipat pinggang. Pun tak ada juga.

"Makanan ikan aku mana?"

"Pintu kedai tak buka. Tak boleh nak beli. Kena tunggu pintu buka baru boleh beli"

"Baru pukul 9 lebih takkan dah tutup kot?"

Sambil buat muka pelik Bob beritahu yang kedai tu dari luar dah tutup tapi bahagian dalam masih ada urusniaga sedang berjalan. Aku jadi lagi pelik. Kedai mana pulak beruang ni pergi. Setahu aku kedai aku biasa pergi tu tutup pukul 10. Memang sah cerita khurafat.

Menurut cerita Bob, kedai tu memang ada signboard jual makanan haiwan tapi dari luar rupa kedai dah macam kedai snuker sekali ada mesin kuda. Sah dia ni singgah main kuda tadi ni. Sebab tu bagi alasan serupa gampang.

Bob mengeluarkan telefon bimbitnya. Tit tit tit..

"Nah tengok, betul ke tak apa aku cakap."

Aku terdiam seketika.

Beruang betul la Bob ni.


2 comments:

hajar.aisya said...

ceh...yo yo je u neh adam...

soo said...

keadaan waktu itu seperti keadaan di waktu pagi...hurm..