26 November 2009

'Melapah'

Tengahari Hari Raya Aidil Adha suatu ketika dahulu.


Ayah mengenakan baju pagoda serta seluar track suit. Ayah nak pergi jogging ke tengahari rembang ni? Tak mungkin. Ayah ambil pisau di dapur pula. Ayah nak pergi jogging bawa pisau ke? Pelik.

"Ayah nak pergi mana?", aku beranikan diri bertanya.

"Surau, tolong orang lapah lembu."

"Saya nak ikut, nak tolong lapah juga." Haram tak tau pun menatang apa lapah tu sebenarnya.

"Tak payah la, kamu tu kecil lagi."

Aku diam menundukkan muka. Mungkin ayah berasa serba salah dia bagi aku ikut.

"Cepat tukar baju, ayah tunggu dalam kereta."

Aku tinggalkan Azim yang sedang sibuk susun lego aku baru beli guna duit raya puasa yang aku kumpul. Lantak la kau Azim, abang nak pergi 'melapah'.

Selesai menukar seluar pendek dan baju power rangers aku turun ke dapur, nak cari pisau. Aku selongkar dalam laci tak jumpa, tengok kat rak pisau pun tak ada. Ni mesti ibu sorok ni, bahaya benda tajam ni kan. Tapi macam mana nak tolong ayah kalau pisau tak ada? Mata meliar mencari benda tajam seakan pisau. Hah, dapat. Cepat-cepat ambil dan terus masuk ke dalam kereta.

"Awak ambil benda tu nak buat pe?", tanya ayah.

"Nak tolong ayah. Cari pisau tak jumpa, benda ni pun boleh kan?"

Ayah geleng kepala. Ah sudah, aku silap ambil barang ke?

"Pergi masuk dalam letak balik."

Aku kembali ke dapur meletakkan benda tu ke tempat asal. Laju aku lari keluar takut kena tinggal. Tapi memang betul pun, kelibat kereta ayah sudah tiada. Ni mesti silap aku.

Pergi ke dapur jumpa ibu.

"Ibu, ni apa?", sambil tayang benda tu.

"Sudip.", ringkas ibu jawab.

"Sudip tak boleh buat untuk memotong ke?"


p/s : saya memang bijak. terima kasih

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam. Terutama kepada mereka yang menunaikan Haji di Mekah pada tahun ini. Semoga anda semua selamat menunaikan ibadah di sana. Amin

4 comments:

soo said...

amin.. semoga semua selamat.
btw sakit perut ku baca cerita ni..aduh awak memang kelakar la..

aisya said...

kelakau la u neh,...hahaha.bj pOwer rangers tuh.

unie said...

jap eh.. nape yong rasa ini cerita seperti cerita dongeng ~lalaaa

soo said...

alamak..mcm kantoi la plak..huhu