05 November 2009

Kunci Puaka

Jam menunjukkan pukul 0815. "Adoi, lambat dah ni.", aku cakap dalam hati. Bingkas bangun terus mandi sambil nyanyi lagu Jason Mraz. baru la semangat sikit nak pergi kerja kan. Selesai mandi semua, cepat-cepat kenakan pakaian. Spray perfume free Enol sikit, dia balik nanti aku bagitau la aku pakai sikit. Dah smart dah semua ni. Tinggal nak pakai kasut je pastu turun bawah jumpa Lily motor kesayanganku.

Aku capai beg galas, pakai kasut Adidas tapak terkoyak aku tu gaya kelam kabut. Elok je aku buka pintu aku tengok grill pintu kena solex. Aku buat cool. Aku telefon Sapit.

"Wei, ang punya kunci motor ang bawak sekali ka p Muar?"

"Aku boh ataih meja. Ang p cek tengok."

"Tinggai kunci motor ja. Kunci rumah ang mana? Selalu melekat sekali."

"Ada dengan aku."

Jam menunjukkan pukul 0849. Aku mengambil inisiatif masuk balik dalam bilik dan sambung bermain fesbuk.

Harini aku kena kurung dari dalam rumah aku sendiri. Kunci rumah aku tertinggal kat ofis. Member pulak pandai terlebih dia bantai solex kat grill. Sekian


p/s : sampai sekarang aku pakai baju kerja aku lagi. malam karang baru aku tukar baju lain.

8 comments:

soo said...

hahahahhaha lawak la..awat la hang loklak sgt..len kali kunci sendri bw je ke mana2.. haaaha

soo said...

sorry

pa-an said...

tragis nyer ari ko...

unie said...

ayaahhhhhh!! muiz ponteng keje!

Azah Arjuna said...

sedih nya cerita. heheheh

janggout said...

yong ni jgn la bising2.. adoiii

ekan6masin said...

padan muke ko, tp pdn muke aku jgk kne kaber keje ko...apara...

aisya said...

hehehehe