24 October 2009

Telefon Bimbitku Diperkotak-katikkan

Sedang melayan gelagat ikan emas berenang ke sana ke mari tiba-tiba telefon bimbit aku bunyi. Aku tengok atas meja takde pulak. Ah sudah, biasa aku letak kat situ je. Siapa la yang gatal tangan usik telefon nokia 1200 mahal aku tu. Menggelupur aku cari. Bunyi macam dekat je tapi kat mana?

Bunyi panggilan senyap. Aku selak buku, tengok bawah meja, kat katil, haram tak jumpa pun. Macam mana aku nak hantar mesej sakit ati kat Enol nanti kalau team Liverpool kalah. Telefon bimbit mahal aku berbunyi lagi. Kali ni aku amati betul-betul arah mana datangnya.

Bunyi tak kuat macam kebiasaan. Aku agak ni mesti kena tutup dengan baju. Mata tiba-tiba dapat tangkap cahaya dalam satu bekas. Aku angkat bekas tu dan buka. Manusia mana la yang cerdik sangat ni. Aku bagi stalet kat dahi karang baru jadi bijak kot. Ini mesti kes balas dendam tak puas hati kalah main kad tempoh hari.


p/s : telefon bimbit mahal aku ada bau-bau makanan ikan. ikan-ikan emas aku tu aku tengok macam gelakkan aku je. aku tak kasi makan karang baru korang tau.

6 comments:

soo said...

hahahah buat su gelak je muiz ni..
ikan tu kalau gelaK tak dpt mkn, kalau su gelak takpe kan.. kelaka!

janggout said...

heh.. berani la kamu gelak

soo said...

hahahahaa tp memang su gelak sbb kelakar babe!!

Anonymous said...

hahahahaha..ikan tu bukan gelak la..tp geli2 dgr alunan rentak lagu..xpun akibat gegaran hp tu..hahahah

Anonymous said...

hahaha.henset kete kebal mahal konon.hahahaha

aisya said...

hikhikhik....bolrh wat citer pendek ni..