06 October 2009

Mari Menyanyi

Otak agak beku sikit sebab banyak makan ketupat dan rendang time raya ni. Mujur ketiak tak bau rendang jugak, kalau tak memang kalah la ketiak mamak yang berbau kari di Restoran Awal Maju. Melepak bersama kawan-kawan yang letih pulang dari kerja. Muka dah macam telur masin sorang-sorang, muka aku jugak yang berseri.

Bercerita pasal topik-topik merepek sementara tunggu makanan siap. Topik lagu raya dalam henset jugak yang hangat. Tak faham aku diorang ni. Sibuk tanya mana dapat lagu tu la ini la. Aku diam je la pasal guna henset murah yang tak boleh simpan mp3. Rasa macam di sisihkan pulak. Syial. Mana boleh jadi, ni cerita aku. Aku perlu buat sesuatu.

Satu soalan cepumas ditujukan kepada Bob.

"Lepas bulan Ramadhan bulan apa Bob?"

Bob terdiam sejenak.

"Aku pernah kena tanya soalan ni haritu. Macam mana boleh lupa pulak ni. Jap eh nak nyanyi."

Nyanyi menatang apa pulak gemok ni.

Suara perlahan Bob menyanyi.

"Muharam, Safar, Rabiul Awal, Rabiul Akhir, Jamadil Awal, Jamadil Akhir, Rejab, Sya'ban, Ramadhan, SYAWAL!!!"

Aku bantai gelak dulu. bwahahaha. Makan kuih raya banyak sangat kot jadi camni.



p/s : Belum lagi aku suruh dia sambung nyanyi tu. Tah dia tau ke tidak lepas Syawal bulan apa.

2 comments:

MiSz eiN said...

haa.lawak la kawan kamu tuh. so, tiapkali nak igt bulan islam, dia kena nyanyi dulu la eh.wawawa

unie said...

test aina or dina. it sure gonna tickle your head off :P