19 September 2009

Syawal 1430H



Esok dah masuk bulan Syawal. Insyaallah. Tapi sebelum korang sakan beraya nanti, apa kata kita flashback sebentar. Puasa setakat ni apa manfaat yang kita dapat? Banyak ke amalan yang kita dapat kumpul untuk puasa tahun ini? Berapa hari puasa yang terkantoi? Berapa kali terawih yang tertunai? Mata dapat control tak tengok awek-awek masa beli makanan kat bazar? Ada buat Qiamullail tak di masjid? Boros tak bila berbelanja? Tanya la diri korang sendiri.


Alhamdulillah tahun ini aku dapat puasa penuh. Niat mula Ramadhan nak terwaih penuh tapi ada juga terawih yang ter'miss' pasal kes tertidur. Persiapan raya tak ada rasanya. Guna baju melayu yang tahun lepas, masih elok tak perlu bazir. Ingat nak bawa adik-adik beli barang mereka tapi gaji tak dapat pulak sebelum raya ni. Minta maaf la ye, mungkin tahun depan kita pergi kalau umur masih panjang.

Raya tahun ni kita nak balik kampung mana Yong? Kedah ke Perak? Ke dok KL je. Kalau nak balik Perak lagi I ok je. hehe

Apa-apa pun aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin buat keluarga, saudara mara, kawan-kawan, dan sahabat-sahabat semua.

Ahlan wasahlan ya Syawal.


p/s : ayahanda, anakanda mungkin lewat balik rumah pasal tiket bas pi Ampang dah habis. tapi jangan risau, anakanda mesti balik punya. hehe

3 comments:

Anonymous said...

tiket bas g ampg dh abis? jln kaki je la, mlm raya leh smp :-p
yang benar, suriza fahmi..heh

MiSz eiN said...

melampau ar tuh balik ampang pn nk lelambat ek... sekeh kang baru tau.haha

unie said...

heh.. dh sakan beraya kan? dah gi keje! oitt.. nak balik kenduri x wknd ni? kalu nk itot siap pas subuh, kitorg g fetch hokeh.