17 September 2009

Mercun


Masa kecil dulu tak pernah ayah nak beli mercun untuk aku. Nak juga merasa main bunyi mercun bunyi pom pom tu. Selalu tengok budak-budak taman je yang main. Aku jadi tak puas hati. Kalau aku tak puas hati aku akan bertindak diluar kawalan iaitu mematahkan mercun-mercun mereka. heh

Tahun 1999

Aku pakat dengan Azim cari tokan mercun kat area Taman Dagang masa orang tengah terawih. Cun Imam angkat takbir terawih pertama aku bergegas ke luar. Azim dah standby tunggu atas basikal bawah pokok kelapa tepi taska. "Lets go" sambil menuding jari ke depan memberi isyarat seperti ketua lanun. Azim cuba kayuh tapi tak boleh. Oh, lupa pulak aku lagi besar dari dia. Tak patut adik kena bawak abang. heh.

Aku kayuh ke rumah Ah chong setelah aku ugut seorang budak mematahkan mercunnya jika dia enggan memberitahu rumah tokan tu kat mana. Brader melayu berbadan besar keluar.

"Ah Chong ada?"

"Aku la Ah Chong."

Laaa. Melayu rupanya, ada hati suruh orang panggil dia Ah Chong. Konon boleh jadi taiko kawasan la. Piiiiirahh. Aku cakap dalam hati je, kalau cakap kuat nanti dia dengar mau tak balik rumah aku nanti.

"Bagi mercun mancis 2 kotak, thunderclap sebungkus, mercun ketupat 5 dengan mercun das 3 batang."

Peluh mula keluar dari dahi. Aku tengok Azim rilek je. Heh, dia tau apa. Cuak kot kalau terkantoi dengan ayah aku apa aku nak jawab? Tapi kalau ayah aku kantoikan kami masa tu kira ayah aku pun tak pergi terawih la kan. Bijak rupanya aku.

"Nah, semua sekali RM15.40."

Aku tak cakap banyak terus bayar pastu blah dari tempat kejadian. Sampai kat surau kami try test main kat padang. POM POM POM. Meriah je bunyi, tambah lagi mercun das yang ada kaler-kaler lagi meriah. Aku dan Azim gelak besar sebab gembira sangat dapat main mercun. Gelak macam ada orang geletek pinggang kami.

Balik rumah kami buat macam biasa je. Tengah dok syok tv ayah panggil.

"Korang main mercun eh tadi?"

"Mana ada."

"Dah tu ni apa?" ayah tunjuk sebatang mercun mancis.

Arghhhh.. Lu ni Azim buat kantoi je. Ni mesti dia letak belen mercun mancis kat atas meja. Malam tu kami kena ikut ayah pergi masjid buat Qiamullail sebagai hukuman. Mujur tak kena rotan. heh


p/s : raya ni beli mercun pop pop main dengan anak buah. haihhh

3 comments:

unie said...

aik.. tahun bila si dina main bunga api nih? haippp.. pak uda ni nk kena babab la! mercun pop pop la? haip.. haip..

janggout said...

ni thn lps pnye mse kt umah andak.
fadli beli 1 bungkus soh main..haha

alaa..pop pop bkn bhya pn..yg baling2 kt lantai tu

Anonymous said...

anak2 aku,aku bg main bunga api thn raya.... poom poom poom....
hehhehhe...

yang benar lg,suriza fahmi..hehe