06 September 2009

Pandangan Manusia

Sekitar bulan Ogos tahun lepas.


Aku ke Medan MARA untuk berjumpa dengan ayahku
atas urusan peribadi. Aku ke kaunter untuk mengambil pas pelawat dan bergegas ke lif. Butang nombor 12 aku tekan untuk ke atas. Setibanya di sana aku ke kaunter pertanyaan. Seorang makcik lingkungan 40-an sedang membaca surat khabar. Aku menyapa.

"Assalamualaikum."

"Wa'alaikumussalam. Boleh saya bantu?"

"Saya nak jumpa Encik Wan. Dia ada tak?"

Makcik tu pandang aku atas bawah.

"Ada urusan apa dik?"

"Saya ada appointment dengan dia."

"Pukul berapa tu? Sebab dalam senarai ni tiada sebarang appointment masa ni."

"Saya ni anak dia."

Dia agak terkejut, mimik muka dia pun aku tau mesti dia tak percaya.
Makcik tu pun cepat-cepat beritahu Encik Wan yang anak dia dah sampai. Masa aku tengah berurusan dengan ayah, aku perasan ada beberapa pasang mata sedang memerhatikan kami sambil berbisik-bisik.

Siapa la nak percaya budak laki datang ofis kerajaan dengan pakai selekeh je tapi bagi aku smart, rambut panjang, bawa helmet, galas beg nak jumpa dengan pengarah bahagian apa tah aku pun lupa. adeh.

Majoriti orang akan cakap budak berambut panjang ni jenis tah pape, tak berguna, belajar tak tinggi, kutu malam, kaki melepak, tah macam-macam lagi la. Tapi aku tak kisah, mulut orang kan. Aku tahu siapa diri aku, apa yang aku buat. Walaupun orang pandang golongan laki berambut panjang ni camtu tapi diorang tak tahu mereka ini ada yang berisi. Mungkin mereka inilah yang akan tolong korang masa korang tengah susah. Dan kemungkinan besar ilmu pengetahuan yang mereka ada tu lagi tinggi daripada golongan mengata.



p/s : Jangan senang pandang rendah pada orang lain. ukur diri sendiri dulu

7 comments:

unie said...

12 floor? i tot 8th floor. daddy was at the meeting kot hehee..

mOmO said...

Bukan awk je yang kena...
Orang kena lagi teruk tau...
Mengganggu prestasi interbiu tu..
Berlaku pada tahun2 yang lepas, sebelum dapat tawaran masuk U

janggout said...

maybe those people think they're perfect?

unie said...

momo : yeah i remember! then later she became my staff hahahaa.. nemind, try SPC next year ey ;)

muiz : the disease they were having is called "BUSYBODY".

soo said...

:)

janggout said...

why dont they be positive to others?
mereka bagus sgt ke?

aisya said...

takut diaorg bisik smart gak anak encik wan tu ek....hehehe..mana tau kan..think positive jerk..lg senang hati...