03 September 2009

Pada Suatu Petang


1 September 2009

Lepas urusan kerja di site sekitar KL, aku berkira-kira samada nak berbuka puasa di rumah atau di luar. Jam menunjukkan pukul 17:36. "Berbuka kat luar je la harini", aku bermonolog seorang diri. Aku menyusuri Jalan P.Ramlee yang sudah mulai sesak dengan kereta-kereta yang ingin pulang cepat ke rumah masing-masing.

Aku ke Pavilion mencari tempat untuk parkir motosikal. Selesai mengunci rantai aku ke tingkat atas untuk memulakan aktiviti berikutnya iaitu berjalan berirama. Eh, silap aktiviti. Yang sebenarnya jalan-jalan tengok gelagat orang di bulan puasa.

Kaki terus melangkah tanpa arah tuju yang tetap. Jalan selagi larat. Masuk Sg Wang, terjah Low Yat, singgah Time Square dan patah balik ke Pavilion. Kaki dah rasa sakit, dan kalau boleh macam nak terajang orang masa tu. Puasa la Janggout, jalan sikit pun dah komplen.

18:58

Alamak. Time camni mau full semua tempat. Kat mana nak makan? Rilek la Janggout, macam tak biasa makan tepi jalan je. Aku teringat Bob yang bekerja di kedai makan Arab berdekatan Pavilion. Terus aku call...

"Wei, ada mana?"

"Baru masuk kerja. Awat?"

"Aku dok KL ni, mai tempat ang berbuka sekali boleh?"

"Mai la, aku pun berbuka sorang ja satgi."

Cantik. Boleh makan free kat kedai Arab tu nanti. Singgah beli kuih sikit kat akak tepi jalan nun. Takkan nak datang tangan kosong pulak kan. Apa lak dia cakap. Bergegas ke Chulan Square tempat Bob bekerja.

Kelihatan Bob sedang melambai-lambai ketika aku hampir tiba di kedainya. Greeting pelanggan macam tu kot Arab tu ajar. heh. Jam menunjukkan pukul 19:20. Timing baik je sampai, tak payah nak tunggu lama-lama kat depan makanan.

"Eh Bob, mana makanan?" aku keluarkan bungkusan plastik mengandungi kuih dari beg galas.

"Ada, jom kita p belakang kedai. Aku takleh makan kat area depan tu."

"Ohh.. Jom la, Maghrib nak dekat ni."

"Allahuakbar Allahuakbar.." sayup kedengaran azan berkumandang. Aku rasa insaf, airmata bergenang. Aku kunyah kuih perlahan.

"Ok dak tempat ni, sejuk kan?"

Aku angguk perlahan.

Kami makan di tepi kereta berbumbungkan pokok kemboja berbekalkan kuih aku dan bihun goreng buatan mak Bob. Air teh o suam. Ada jugak yang sepesen macam aku berbuka tak tentu tempat. Mungkin lain kali la kot dapat rasa daging kambing masak Arab.

Setel semua suruhan aku sambung lagi berjalan tengok gelagat orang. Snap beberapa keping gambar yang aku rasa menarik dan pulang ke rumah sewa.



Ohh.. Lupa nak cerita pasal seorang Pak Long semasa di kedai Bob. Umur lewat 40-an aku rasa. Gaya ranggi dengan rambut yang sedikit beruban.


"Join korang sekejap ye, nak tumpang ashtray."

"Sila la pak long."

"Cantik jugak ye minah arab yang kerja kat sini. Kamu tau orang mana?"

"Afghanistan." Bob pantas menjawab.

"Ohh. If you want Afghanistan chicks you must have a big gun."

Aku kurang faham pada mulanya. Hoh!! Pak long ni boleh tahan gak otak kuning. Kami berbual tentang minah arab je malam tu. haihhh.

"Bini saya dah keluar, saya kena beransur dulu ada meeting pulak."

Tak sempat aku nak kenen kalau dia ada kerja kosong tempat dia. haha.


p/s : banyak lagi gambar sebenarnya tapi malas nak upload semua

No comments: