12 August 2009

Memori Ramadhan

Tidak kurang dari 2 minggu lagi kita akan berpuasa untuk tahun 2009. Semoga korang akan bersedia untuk bulan Ramadhan kali ini. Sama-sama kita menyambut kedatangannya dengan tangan yang terbuka. Macam-macam kisah berlaku masa bulan puasa ni. Aku pun ada kisah aku juga. Benda yang paling aku ingat ketika berpuasa masa kecil-kecil dulu.


Umur 8 Tahun 1993

Ibu bekalkan bihun goreng dan air untuk ke sekolah, aku menolak atas alasan nak belajar puasa. Ibu senyum. Waktu rehat di sekolah, aku main kejar-kejar bersama kawan-kawan yang lain. Masa tu aku tak hisap rokok, so akulah yang paling laju berlari. Sampai satu tahap rasa nak termuntah baru aku berhenti bermain. Dalam kepala otak masa tu teringat air je, tak ada benda lain dah.

"Lan, sikit air", aku minta pada Azlan yang tidak berpuasa hari itu.

"Kau tak puasa harini?"

"Hoh, aku puasa la. Lupa pulak. Tapi kalau tak larat sangat boleh buka kan?"

"Boleh, mak aku cakap kalau lapar atau haus boleh buka. Kalau dah ok boleh sambung balik"

Tanpa banyak cakap ~glug glug glug. Bukan setakat air, mee goreng si Azlan tu pun aku pow jugak.

Balik rumah aku dalam status berpuasa lagi sebab Azlan cakap boleh sambung.

Ibu menyapa "Cergas je kamu, puasa ke tak ni?"

"Puasa la bu, saya kan laki."

"Dah tu kenapa ada cili melekat kat gigi kamu tu?"

"Ohh, tu cili mee goreng tadi kot. Sedap jugak mak Azlan masak." Selamba je aku bukak pekung di dada sendiri tanpa rasa bersalah.

Situasi selepas itu aku rasa korang pun tahu kot.

Slow je ibu cakap. "Masa berbuka nanti kamu pergi tengok tv ye"


Umur 9 Tahun 1994

Ayah kejutkan aku untuk sahur. Aku liat gila nak bangun, sambung tidur balik. Ayah datang dengan spray kecil. ~psst psssst. Aku menggelupur bangun bersiap turun ke bawah. Rasa mengantuk datang balik. Suapan nasi yang pertama aku tersuap dalam ke dalam hidung. Patut la aku rasa macam ada benda dalam nostril masa tu. Aku ingatkan tahi hidung. Adeh.

Pukul 3 petang. Aku beli coklat, aku ajak adik aku makan sama supaya ada geng kalau kantoi nanti. Kami masuk dalam stor tanpa buka lampu. ~ngap ngap. Sedap coklat coki-coki ni rupanya makan time puasa. Keluar stor senyap-senyap, masuk dalam tandas pula bantai minum air paip. Ahhhh.. Lega rasanya tekak ni.

Pukul 6 petang. Aku keluar bermain dengan kawan-kawan setaman. 45 minit kemudian balik rumah, pura-pura penat yang amat sangat. 'Puasa' 1 hari la katakan. Masa berbuka aku yang melantak macam aku yang teruk berpuasa.

Kelakar kalau ingatkan balik. Tapi masuk umur 10 tahun aku dah berpuasa penuh. Insyaallah tahun ni akan penuh juga. Korang pun mesti ada pengalaman ponteng macam aku juga kan. Dah besar ni jangan la buat perangai macam masa kecil dulu.

p/s :
Time terawih nanti jom main mercun. haha

7 comments:

unie said...

adik yg mana dh masuk dlm jerat awak? hmm.. konpius dgn cerita itu :P

unie said...
This comment has been removed by the author.
soo said...

;D

mOmO said...

Peristiwa makan dalam stor tu mmg betul2 berlaku... ;D

dan sayalah 'mangsa' yang masuk jerat itu... :p

Tapi cerita2 yang lain tu tak pasti la pulak kesahihannya...

janggout said...

haha..
momo sudah mengaku..

unie said...

hah.. popo yg tlh menjerat si momo ye? oitt popo, watak zozo wujud x masa ni? korang mmg aktif kan buat keje gini hehe :P

janggout said...

errr..zozo spe pulak? adeh