10 August 2009

Kematian

Hati kecil ini seringkali bermonolog sendirian tentang banyak perkara. Kadang kala soalan yang aku sendiri pun tak mampu nak menjawab. Berfikir tentang diri sendiri, masyarakat luar, alam semulajadi, kewujudan sesuatu benda, sifat manusia dan macam-macam lagi.

Tapi terfikirkah kita bila kita akan kembali bertemu dengan Pencipta kita? Soalan yang rata-ratanya sangat jarang terlintas di fikiran manusia sehingga ada sesuatu kejadian atau musibah yang menimpa diri sendiri atau kenalan.

Jika soalan ini kerap kali difikirkan oleh empunya badan, aku rasa tidak mustahil tahap moral masyarakat Islam kita akan meningkat. Walaupun diri aku ni tidak selalu memikirkan pasal kematian tapi pernah juga terlintas dan bermuhasabah diri seketika. Tapi masa tu je rasa nak insaf, selang sejam lepas tu jadi balik perangai yang sama.

Persoalannya, bagaimana untuk kita selalu berfikir tentang kematian?


p/s : ingat 5 perkara sebelum 5 perkara

No comments: