09 August 2009

Ibu - Ummi - Mak - Mama

Hari ini aku pulang sebentar ke Ampang. Adikku Azim ajak pergi ziarah kubur ibu. Dia beritahu aku yang dia bermimpi jumpa ibu dalam suasana ketika ibu tinggalkan kami dahulu. Aku pun setuju sebab aku pun dah lama tidak ke sana.

Keadaan di kubur sudah berubah wajah. Jalan yang biasa aku ke sana dulu sudah di tutup, terpaksa lalu jalan lain tadi. Pagar kawasan kubur pun sudah tiada, mungkin mereka akan ganti kemudian hari kot. Mata kami liar mencari kubur ibu. Maklum la tempat tu dah berubah, jadi kami agak susah nak mencari.

Kubur ibu dapat kami jumpa, keadaan kubur bersih tidak banyak rumput yang tumbuh. Pokok kemboja di kepala batu nisan gah membesar, tapi kasihan sudah di takik orang yang tidak bertanggungjawab atas tujuan untuk mengambil benih agaknya. Kami membersihkan kubur, mencabut rumput-rumput kecil yang baru hendak tumbuh.

Setelah selesai kami melabuhkan punggung untuk bacaan Yasin. Tiba-tiba datang emosi sedih, tak tahu kenapa. Mungkin pasal lama tak datang ziarah la kot. Teringat pula masa ibu pergi 14 tahun dahulu. Cepat-cepat aku mengawal perasaan ketika membaca Yasin supaya tidak bergenang airmata ni.

Dengan bacaan Al-Quran dan doa sahaja yang kami boleh tolong. Harap ibu akan gembira. Minta maaf sebab lama tidak datang jenguk.


p/s : Al-Fatihah untuk junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, sahabat-sahabat baginda, para Ambiya', ibu Allahyarhamah Azian Bt Hj Jamaludin, tokwan Allahyarham Hj Wan Harun, abg Allahyarham Wan Muhammad Fawwaz, atok Allahyarham Hj Jamaludin, nek Allahyarhamah Hjh Rokiah dan seluruh umat Islam yang telah pergi dahulu sebelum kami

4 comments:

unie said...

ye, yong teringat saat dan tika itu. i was so hopeless :( remember to recite Quran always ya.

soo said...

bacaan Quran & doa, actually thats the best gift dari anak untuk ibubapanya..

wessy said...

beb,aku tak tao ibu ko dah tade..al-fatihah tok ibu ko

Nadia Yuna said...

(-.-)