27 August 2009

Ha Wau Jim Alif Nun

Hari ini aku pulang awal dari biasa. Kerja dekat site setel cepat tadi, terus cabut balik. Balik awal pun rasa macam tak guna je. Dalam perjalanan balik tiba-tiba hujan pulak. Kalau renyai tu tak apa la juga, ini sampai boxer aku pun habis basah. Apa cerita? Bertakung air dalam lif tadi. haha

Hujan tak menentu sekarang. Ikut dan je kalau yang 'kat atas tu' suruh turun so hujan pun turun la. Bagus jugak pasal jerebu akan kurang, dan harap-harap akan hilang terus. Yang tak bagusnya buat yang bawa motor macam aku ni. Buatnya hujan lebat time nak dekat berbuka, dengan makanan tak ada. Memang kompom la tadah air hujan buat minum.

Minta-minta jangan la jadi macam tu kat aku.



p/s : gaji dah dapat boleh la nak beli baju hujan 100% kalir air

2 comments:

Nadia Yuna said...

singgah masjid muiz. ada makanan buka puasa. =)

unie said...

dah dapat gaji? ehem.. ehem..