19 August 2009

Bila Bos Bersama Staf

13:35

Mata dah mula kuyu. Mengantuk. Dah la duduk dalam bilik ni seorang diri, dengan air-cond sejuk baik punya. Toto lupa nak bawak dari rumah, kalau tidak boleh bentang bawah meja. Guna kotak kertas pun boleh, baru nampak zuhud. heh. Tengah dok layan mata ni tiba-tiba bos masuk. Aku terus berlakon watak segar dan bersemangat.

"Ye bos. Ada barang nak kena install lagi ke?"

"Talak. Ini hari barang kurang selikit."

Cantik. Aku cakap dalam hati.

"You boleh tolong I sikijap tak?"

Ahhh. Apa lagi pulak ni.

"Ikut I naik atas sikijap kita angkat barang"

Watapak!! Ni mesti nak kemas barang tingkat atas. Takut la tu nak ajak aku teman lak apek ni. Kena la follow dia. Dalam kepala otak tadi dah standby nak surf internet je kalau takde hal.

Tingkat atas bersepah. Setahu aku diorang nak renovate kasi besar sikit. Kami mula angkat barang. Aku cari yang paling ringan untuk diangkat. heh. Mesti la cari kerja yang senang. ~cit cit. Bunyi tikus tah datang dari mana.

"You ada dengar ka?"

"Dengar la bos."

"Ok ok."

Sambung balik angkat barang. Cari lagi barang ringan untuk diangkat. Tengah dalam posisi mencangkung nak angkat barang ni. Tiba-tiba..

"MACAUHAI..CINASENG!!"

Aku toleh belakang aku tengok bos aku tengah melompat. Bwahaha.

"Apahal bos?" ~cover gelak.

"Bodo itu tikus lalu atas kasut I."

Takut tikus rupanya. Cet. Setel semua aku masuk balik bilik aku. Bos aku masuk.

"Telima kasih ar tolong saya. Lagi satu, jangan kasi tau olang lain pasal tadi. Nah, you amik duit ni buat minum. Kalau mau main internet you main la."

Aku ambil duit kertas merah terpinga-pinga. Apahal tetiba baik bagi aku main internet ni? Siap bagi duit minum lagi. Ni mesti suap aku nak tutup rahsia dia. haha. Dengan senang hati aku online sambil tulis blog.

p/s : bos, rahsia lu wa dah tulis dalam blog wa. bwahahahha

2 comments:

soo said...

ishh tak baik la..rahsia tetap rahsia sepatutnya..

duit tu u really buat minum ke??

wessy said...

haha kanina tu bos cine
main suap-suap lak