28 August 2009

Apa Punya Perangai Kau Ni Setan!!!

Manusia. Tidak akan lari dari sifat pelupanya. Jangan nak tipu la kalau ada yang cakap tak pernah lupa langsung.

Sifat pelupa ni selalu pada tahap biasa-biasa je. Tapi aku ada seorang kawan yang aku rasa mempunyai masalah lupa ni pada tahap kritikal. Dahsyat. Kalau dia tanya aku pasal sesuatu benda dan selang 5 minit dia akan tanya balik. Kalau sekali takpe juga, ini berulang kali. Macam nak bagi makan selipar asadi warna kuning je dalam mulut tu. Nombor telefon bimbit sendiri pun boleh lupa ke. Pekejadah.


BMI / Semester 1


Hari minggu merupakan hari paling best bagi pelajar Universiti. Acara wajib ialah tidur gaya bebas sampai rasa tak boleh nak tidur dah. Dahsyat kan. Tengah sedap bermimpi member aku ni datang kejut.

"Janggout, jom keluar KL jap."

"Malas la."

"Aku belanja kau KFC."

Bingkas bangun. "OK"

"Cantik, aku pergi bersiap dulu."

Selang 4 minit dia kol.

"Kita ada nak pergi mana-mana ke? Aku tak tau kenapa aku pakai cantik-cantik ni."

Aku rasa macam nak sambung tidur balik je. Tapi tak boleh pasal mata aku dah segar lepas mandi tadi.

"Kau nak belanja aku KFC kat KL kan."

"Ohhh.. Lupa pulak. Kau tunggu jap, perut aku sakit ni nak berak."

Aku dengar lagu sementara tunggu dia setelkan hajat dia. Baru abis 1 lagu dia dah terjojol depan pintu.

"Jom gerak."

Aku ikut dia dari belakang. Aku perasan ada kesan coklat kehitaman kat belakang seluar dia. Mungkin design seluar tu kot. Cantik jugak. Masa turun tangga aku terbau benda tak best. Macam bau bangkai pun ada. Aku tak ambil port sangat. Sampai kat kereta pun aku bau lagi. Aku rasa mamat ni ada 'something wrong'.

"Wei, seluar kau tu memang ada design ke kat belakang?"

"Mana ada. Plain design je."

"Dah tu menatang apa kaler hitam kat belakang tu?"

Dia toleh belakang nak tengok bontot sendiri. Lepas tu dia pandang aku balik. Muka tak bersalah je.

"Janggout, aku lupa basuh berak la."

"Apa punya perangai kau ni setan!!!"

Mujur masa tu baru sem 1, kalau tak dah lama aku jadi pailang tumbuk rusuk kiri dia.


p/s : orang jenis macam ni kita kena banyak bersabar.

5 comments:

ikhwan nazri said...

ni amnesia dow. aku pernah ajar software Flash kat sorang yg macam ni.. stres gila

Nadia Yuna said...

Adehaii

Nadia pon pelupa gak. Tapi agak tak boleh terima akal la bila bende2 hygien mcm ni pon boleh lupa kan. Ape kes?

Isklaaa

** Muiz, kalau muiz tak kisah, rename nadia bernard tu jadi nadiayuna eh. sebab nadia bernard tu kisah lama yg harus dipadam selama-lamanya dari ingatan. huhu. if x menyusahkan muiz le. sorry ya =) **

mOmO said...

betul ke cite ni?
macam kelentong je....
tak kan la teruk sampai macam tu skali...?

unie said...

tu la, yong pun terpikir gak dari last week. hmm..

aisya said...

bia betOl...