15 July 2009

Minta maaf bos. Saya terpaksa cuti

Tak banyak benda dibuat kalau demam ni. Baring tak kena, duduk pun tak kena. Dah tu takkan nak guling-guling pulak kot. Alhamdulillah harini demam aku dah surut sikit. Itu hari gila panas, sampai aku sendiri tak sanggup nak pegang dahi aku ni. Punya la panas.

Dah la baru start kerja baru, dah pandai ambil MC. Baru ingat nak tunjuk prestasi cemerlang kat tempat baru. Mau diorang mengata aku dari belakang ni. Lantak korang la, peduli apa aku. Kena kat korang nanti tau la.

Pergi klinik jumpa Dr. V. Ananda Raj. Dia cakap " Kalau U demam lagi dalam 3 hari ni, U kena datang balik untuk cek darah takut U kena denggi. " Dr. Ananda baik orangnya walaupun aku tak berapa faham apa yang dia cakap selepas itu. Janji aku dapat MC 2 hari.

Mujur demam biasa bukan demam denggi. Cuak jugak kalau kena denggi. Mau kena tahan wad 2 minggu kalau kes denggi ni.

Demam dah ok, esok boleh start kerja balik.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan memberi nasihat khidmat masyarakat :

Pekejadah korang takung pastu peram air tu banyak-banyak? Nak buat tuak ke? Jalani hidup sihat. Denggi boleh bawa maut tau tak. Kasi hapus telur-telur nyamuk aedes tu.

Perut aku dah berbunyi. Perlu cari makanan dengan kadar segera supaya badan ada tenaga. Kalau tenaga banyak boleh jadi power rangers.


p/s : kalau korang rasa ilmu kebal korang dah mantap, try la bagi banyak-banyak nyamuk aedes gigit badan korang tu.

3 comments:

Nadia Yuna said...

Jaga diri bebaik ye sahabatku muiz. huhu. Nadia pon hari2 kene geget dek nyamok aedes neh.selamat xde ape2

tak tau la mana mai semua nyamok2 tu

janggout said...

nyamok aedes yg geget nadia tu mungkin jenis pondan kot.haha. pape pun demam dh ok. alhamdulillah

gda said...

bro..
jgn lupe mkn obat keh...
tu la mak suh duk umh magrb g berjln..hehe
jg diri bek2 keh...