03 June 2009

Tok Imam

Kisah ini benar-benar terjadi pada Mamu sewaktu dia kanak-kanak dahulu.
Ayahnya suka memberi amaran pada dia dengan menjeling garang jika dia membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau Mamu mengambil gula-gula, ayahnya akan menjeling padanya bermakna dia disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari,Mamu mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, dia melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Mamu yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahnya yang sedang solat terus memberi jelingan padanya. Mamu pun faham maksud ayahnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahnya yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret Mamu balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung Mamu dirotannya.

p/s: Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam

Mamu merupakan kawan sekerja aku dulu. tapi sekarang beliau sudah kembali ke kampung halamannya di pulau pinang. beliau seorang yang terhegeh-hegeh. sekian

No comments: