11 June 2009

Salah siapa?

Bulan Ogos nak dekat dah. Masa tu bulan puasa bagi semua umat Islam. Jadi mana-mana yang rasa belum selesai ganti puasa tu cepat-cepat la sementara masa masih ada lagi ye. hehe


Aku nak kongsi cerita sikit. Aku teringat masa puasa tahun lepas. Aku dengan kawan aku berdua pergi Bukit Bintang nak cari barang, yela nak dekat raya dah masa tu. Lepas habis pusing dalam kompleks tu kami pun keluar nak ke Pavilion pula. Kami lalu dekat dataran luas depan Maybank, kalau korang cam la kan. Aku tengok budak-budak umur dalam lingkungan 14-17, muda lagi. Mereka dengan tanpa segan silu hisap rokok, minum air dan makan di tempat terbuka. Aku tengok mereka tak ada perasaan malu dan bersalah langsung. Mustahil mereka lupa bulan tu bulan puasa. Pekejadah semua ni??!!


Walaupun mulut aku masa tu aku rasa busuk, tapi aku bangga sebab aku puasa. Aku cuma mampu geleng kepala je la. Nak tegur pun mereka ramai dan dah tentu mereka takkan dengar. Silap-silap kita yang kena marah balik. Tak jauh dari situ aku nampak polis tiga orang, dan aku tau mereka nampak gelagat budak-budak ni tapi mereka buat tak tau je.


Jadi, adakah mereka disalah didik? kurang perhatian ibu bapa? ilmu agama yang cetek? tak ada otak?


Perlu ke ada badan NGO yang patut mengawasi dan mencekup orang-orang yang macam mereka tu? Tapi setahu aku bukan ada ke badan yang mencekup dan memasukkan mereka dalam trak mayat? JAWI kalau tak silap aku. Tapi takkan la mereka nak pusing satu KL ni pula. Dan dah tentu kurang yang hendak menjadi sukarela membuat kerja-kerja macam tu. Itu baru KL, negeri lain macam mana pula?


Akhirat nanti pakat dok tuding yang dia tu salah, yang dia ni salah.

No comments: