29 June 2009

Sakit la oi

Aku, Bob, Ali, Dud dan Kucing baru balik dari Bukit Bintang. Tujuan hanya satu, nak try urut kaki kat situ. Tapi bukan urut kaki yang ahso rekemen tepi jalan tu. Aku tak pasti bangsa diorang apa, mungkin melayu mungkin minang. Lokasi dekat sebelah kedai nasi ayam nama apa tah aku tak perasan tadi.

Brader dalam lingkungan 30-an yang urut aku. Sapu minyak dulu lepas tu bubuh krim putih apa aku tak tau. Dia mula picit. Awal-awal slow je dia tekan, dah lama sikit dia start tekan kuat muka aku berubah. Gila sakit kot. Dia perasan muka aku jadi lain. Dia tegur, "Dah lama tak mengurut eh?". Aku angguk kepala je, mata pandang tempat lain sambil gigit bibir.

Tak tau la berapa lama brader ni menngurut orang. Jari dia gila keras, dah macam kayu. Dia tekan tapak kaki lagi aku menggelupur. "SAKIT LA OI!!" aku menjerit kuat. Dia buat bodoh je. Memang la dia buat bodoh pasal aku jerit dalam hati. Setel sebelah kaki dia bekam pulak. Nak tarik angin katanya. Aku cakap "Bantai jela bang". Aku ingat tak sakit. Baru letak sebiji bekam tu aku dapat rasa daging aku macam kena sedut dengan vakum cleaner. Tujuh biji dia letak, kejang jari kaki aku.

"Kau ni tak berapa sihat ni dik, darah kau pecah-pecah"

"Macam mana abang tau? Saya sihat je"

"Aku tau la kerja aku mengurut, kalau tak baik aku jadi drebar je. Kau tengok hujung jari kaki kau ni darah pecah-pecah"

Ala, gurau pun takleh brader ni. Haram aku tak nampak pun darah pecah-pecah tu. Aku angguk je. "Ooo"

Aku cuma boleh bagitau yang urutan diorang ni best + layan. Korang try la kalau nak tau sakit dia macam mana.

Urut kaki 30min RM20.
Bekam RM10
Urut badan RM20
Urut badan full RM60

Lain kali aku nak pergi lagi pastu nak mintak urut badan free pasal aku promote dalam blog aku ni. haha

1 comment:

soo said...

normally tukang urut blh tahu kita sihat or tak..rs sakit giler tu cz tak sihat la, dats y sakit giler..
rm60 is ok la babe, compare yg kat tmpt su ni. realy rekemen u to go urut 1 badan, atleast blh tahu apa mslh dgn ur back.